Skip to main content

Posts

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

5 KESILAPAN USAHAWAN KEBAB

Dunia perniagaan selalu dikhabarkan indah namun ia juga turut digambarkan sebagai profesi yang mencabar.  Dalam apa jua bidang yang diceburi, usaha diperlukan bagi menjayakan ia sehingga berjaya. Terdapat beberapa kesilapan yang biasa berlaku di kalangan pemula usahawan kebab.  Dengan ilmu pengetahuan dan bimbingan dari pakar industri, kesilapan begini dapat dielakkan dan mempercepatkan anda menjana jualan bagi memberi keuntungan dan kejayaan untuk perniagaan anda. Tiada perancangan merupakan kesilapan utama pemula usahawan kebab.  Perancangan harus dimulakan dengan ilmu yang berkaitan dengan bidang yang akan diceburi. Ilmu perniagaan merangkumi ilmu tentang operasi perniagaan tersebut, seterusnya pemasaran dan jualan serta pengurusan kewangan dan akaun perniagaan. Perancangan yang paling penting dalam perniagaan adalah dengan menetapkan matlamat jualan dimana ianya merupakan nadi bagi perniagaan anda. Anda perlu merencanakan sejauh manakah anda i...

APAKAH FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN KEBAB?

Sebelum menggenggam kejayaan, pasti ada cabaran dan kegagalan yang perlu ditempuh terlebih dahulu.  Namun, dengan persediaan yang mecukupi dari segi ilmu dan perancangan perniagaan, anda boleh meneliti dan menganalisis faktor yang dinyatakan agar anda mempunyai sebuah perniagaan kebab yang berjaya. Jom baca faktor terpenting dalam membangunkan perniagaan kebab untuk menjadi sebuah perniagaan yang berjaya.  Kebanyakan aspek perniagaan anda bergantung kepada pemasaran yang berjaya. Secara keseluruhan, pemasaran meliputi pengiklanan, perhubungan awam, promosi dan jualan. Pemasaran adalah proses yang mana produk atau perkhidmatan diperkenalkan dan dipromosikan kepada bakal pelanggan. Tanpa pemasaran, perniagaan anda mungkin menawarkan produk atau perkhidmatan terbaik dalam industri anda, tetapi tidak ada pelanggan berpotensi anda yang tahu mengenainya.  Tanpa pemasaran, jualan mungkin tiada dan akhirnya akan menyebabkan perniagaan anda ditutup. Ku...

OPERASI PERNIAGAAN KEBAB

Secara umumnya, operasi perniagaan kebab merupakan tunjang kedua terpenting selepas proses pemasaran dan penjualan.  Terdapat beberapa aspek penting dalam operasi perniagaan kebab yang perlu diberi perhatian kepada peniaga yang mahu memulakan perniagaan kebab. Penjagaan dan pengurusan operasi perniagaan mengikut standar dan panduan yang disediakan akan memudahkan peniaga dan usahawan kebab khususnya buat pemula perniagaan ini. Pengurusan bahan mentah merupakan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh peniaga dan usahawan kebab.  Selain memastikan bahan mentah sentiasa diperolehi dalam keadaan yang segar dan berkualiti, kuantiti bahan mentah yang sentiasa mencukupi untuk memenuhi keperluan perniagaan amat penting untuk memastikan perniagaan tetap berjalan dan mencapai jualan yang dikehendaki. Bahan mentah yang telah dibeli hendaklah disimpan secara teratur dan direkod . Ini bagi memastikan bahan mentah yang dibeli dapat digunakan dengan opt...

KENAPA INOVASI PENTING DALAM PERNIAGAAN KEBAB?

Inovasi memberi peluang dan perubahan sesebuah perniagaan untuk tumbuh dan berkembang.  Melalui inovasi sesebuah perniagaan akan berjaya bersaing dan berkembang pesat dalam menghadapi pelbagai keadaan perniagaan dan ekonomi yang merosot dan berubah-ubah. Melalui inovasi, perniagaan akan menumpukan pada nilai tambah yang diberikan kepada sesuatu produk tersebut berbanding produk sejenis yang lain di pasaran, ia mewujudkan nilai yang mempunyai nilai berbeza di kalangan pengguna dan bakal pelanggan. Ini akan mengelakkan keadaan pembuangan harga dan mewujudkan persaingan tidak sihat di kalangan penyedia perniagaan. Strategi yang memberi tumpuan kepada nilai menonjolkan penjimatan kos atau ketahanan produk berbanding produk lain.  Inovasi produk dan servis memberi tumpuan kepada kualiti dan reka bentuk produk yang akan mewujudkan persepsi bahawa tidak ada pengganti lain yang terdapat di pasaran.  Walaupun pesaing mungkin mempunyai produk yang s...

BAGAIMANA JALANKAN PEMASARAN PERNIAGAAN KEBAB?

Secara umumnya, pemasaran merupakan nadi kejayaan perniagaan. Kebanyakan aspek perniagaan anda bergantung kepada pemasaran yang berjaya. Secara keseluruhan, pemasaran meliputi pengiklanan, perhubungan awam, promosi dan jualan.   Pemasaran adalah proses yang mana produk atau perkhidmatan diperkenalkan dan dipromosikan kepada bakal pelanggan. Tanpa pemasaran, perniagaan anda mungkin menawarkan produk atau perkhidmatan terbaik dalam industri anda, tetapi tidak ada pelanggan berpotensi anda yang tahu mengenainya.  Tanpa pemasaran, jualan mungkin tiada dan akhirnya akan menyebabkan perniagaan anda ditutup. Kenalpasti apakah produk utama yang ingin anda ketengahkan untuk menjadi fokus pemasaran. Anda boleh mulakan dengan menawarkan produk yang mempunyai harga lebih rendah berbanding dengan produk anda yang lain. Unit kuantiti yang kecil juga boleh digunakan untuk kempen promosi anda. Pelanggan dan pengguna akan fokus untuk mencuba terlebih dahulu produk anda da...

APAKAH TUJUAN MEMULAKAN PERNIAGAAN KEBAB?

Apakah tujuan anda memulakan perniagaan kebab ini? Tujuan utama perniagaan adalah memberi nilai dan manfaat kepada pelanggan dan penggunanya. Namun, apakah tujuan dari perspektif yang lain? Setiap perniagaan harus mempunyai gambaran jelas dan ringkas tentang tujuannya untuk menyampaikan mesej tujuan keberadaan perniagaan tersebut kepada pelanggan dan penggguna. Jom baca tujuan perniagaan kebab dari pelbagai perspektif lain agar makna tujuan perniagaan anda menjadi lebih jelas. Hidup akan dijalani sekali oleh semua orang termasuk anda yang sedang membaca artikel ini. Pada suatu ketika anda akan tanyakan kepada diri sendiri “Apa yang saya lakukan?”. Pada masa ini, anda akan berasa tidak jelas dengan matlamat dan tujuan anda menjalankan kehidupan. Motivasi seakan hilang. Ini disebabkan anda sedang melakukan sesuatu yang tidak anda minati dan melakukan dalam keterpaksaan. Terdapat beberapa peniaga kebab sedia ada turut mengalami perasaan yang sama sebelum me...