Ramai yang mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan ketika kegawatan ekonomi. Namun ramai juga yang masih tidak mengetahui langkah-langkah untuk memulakan perniagaan. Bagi yang meminati untuk memulakan perniagaan dalam industri makanan segera, Madina Kebab ingin berkongsi tips kepada bakal usahawan di luar sana. Antara tips yang boleh diambil kira semasa permulaan perniagaan kebab ini termasuklah: 1. Mula dengan apa yang ada di tangan Ramai orang menganggap mereka perlu menyediakan modal yang besar untuk memulakan sesebuah perniagaan. Lebih bahaya lagi sekiranya seseorang itu memulakan perniagaan dengan hutang yang banyak. Namun sebenarnya perniagaan dapat dijalankan dengan modal yang minima. Anda boleh mulakan dengan menabung dari pendapatan/gaji sedia ada untuk dijadikan modal pertama perniagaan anda. Sebagai contoh Anda memperoleh pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan, Anda boleh asingkan 10% dari dari pendapatan tersebut. RM150 sebulan, dalam tempoh 12 bulan anda sud