Skip to main content

5 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN KEBAB


Ramai yang mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan ketika kegawatan ekonomi. Namun ramai juga yang masih tidak mengetahui langkah-langkah untuk memulakan perniagaan. Bagi yang meminati untuk memulakan perniagaan dalam industri makanan segera, Madina Kebab ingin berkongsi tips kepada bakal usahawan di luar sana.

Antara tips yang boleh diambil kira semasa  permulaan perniagaan kebab ini termasuklah:

1. Mula dengan apa yang ada di tangan

Ramai orang menganggap mereka perlu menyediakan modal yang besar untuk memulakan sesebuah perniagaan. Lebih bahaya lagi sekiranya seseorang itu memulakan perniagaan dengan hutang yang banyak. Namun sebenarnya perniagaan dapat dijalankan dengan modal yang minima. Anda boleh mulakan dengan menabung dari pendapatan/gaji sedia ada untuk dijadikan modal pertama perniagaan anda. Sebagai contoh Anda memperoleh pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan, Anda boleh asingkan 10% dari dari pendapatan tersebut. RM150 sebulan, dalam tempoh 12 bulan anda sudah mempunyai RM1,800 untuk memulakan perniagaan. Mudah kan?

2. Membuat perancangan dan kajian awal

Dalam membuat perancangan dan kajian awal, mulakan dengan menentukan sasaran pelanggan. Siapakah pelanggan anda? Di manakah mereka berada? Bermula dengan dua (2) soalan asas ini Anda akan jelas dengan siapa Anda akan sasarkan aktiviti pemasaran Anda serta lokasi perniagaan Anda.

3. Dapatkan nasihat daripada pakar industri

Anda boleh mendapatkan bantuan nasihat dari pakar industri sekiranya Anda masih tidak jelas dengan keadaan industri semasa terutama analisa yang melibatkan pesaing industri dan faktor luaran. Siapakah pakar industri? Anda boleh mula bertanya kepada pengilang dan pembekal kebab yang ada di pasaran. Madina Kebab merupakan pengilang dan pengedar kebab yang pertama di Malaysia. 

4. Lancarkan kempen dan aktiviti pemasaran secara berterusan

Ramai usahawan yang masih belum sedar akan kepentingan aktiviti pemasaran. Kos untuk aktiviti pemasaran harus diambil kira di awal permulaan perniagaan. Anda juga harus jelas dengan matlamat pemasaran yang Anda lakukan. Kini dengan kewujudan pelbagai platform teknologi, aktiviti dan kempen pemasaran dapat dilakukan dengan lebih mudah bersama kos yang lebih rendah. Nak rebut peluang ini? Pilihan di tangan Anda!

5. Kemaskini trend semasa pelanggan 

Anda harus peka dengan kehendak semasa pelanggan dengan mengambil kira setiap respon dan maklum balas dari mereka. Ramai usahawan takut untuk mengambil maklum balas terutama jika pelanggan memberikan maklum balas negatif kepada mereka. Maklum balas yang positif dan negatif yang diurus dengan baik akan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan daripada pelanggan untuk jangka waktu panjang.

Semoga berjaya!


Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...