Skip to main content

3 PELAJARAN DARI SIR COLONEL SANDERS UNTUK PENIAGA KEBAB

Pernah dengar cerita mengenai pengasas KFC, Well Colonel Harland Sanders?

Sanders dilahirkan pada tahun 1890 di Henryville, IN. Dibesarkan oleh ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal, Sanders melalui pelbagai cabaran sebelum meraih kejayaan yang besar dalam hidupnya.

Setelah dipecat dari pekerjaan di sebuah syarikat kereta api, beliau mengasaskan syarikat kapal feri pada tahun 1920. Beliau kemudiannya cuba untuk membuka sebuah syarikat pembuatan lampu namun tidak berjaya.

Hanya pada usia 40 tahun dia mula menjual hidangan ayam di stesen servis. Namun, beliau terpaksa menutup perniagaan berikutan Perang Dunia II.

Selepas perang berakhir, beliau cuba untuk memfrancaiskan restorannya. Resipi beliau ditolak 1,009 kali sebelum diterima. 'Sander's Secret Recipe' telah menerima sambutan hangat di bawah restoran 'Kentucky Fried Chicken' yang diusahakannya.

Selepas bertahun-tahun berjuang dengan kegagalan dan penolakan beliau akhirnya menjual restoran francais dengan harga USD 2 juta. Pada tahun 2013, cawangan KFC telah berkembang dari 1 sehingga ke 18,000 cawangan di seluruh dunia!

3 PELAJARAN KEUSAHAWANAN DARI KISAH BELIAU TERMASUKLAH:

1. KEAZAMAN
Tidak mudah berputus asa dengan segala penolakan dan kegagalan dalam pelbagai percubaan akhirnya memberikan beliau sebuah kejayaan besar yang manis pada penghujung perjalanan hidupnya.

2. TIDAK KENAL ERTI MALU
Siapa je yang mampu nak hadapi kegagalan dan penolakan berulang kali. Ada yang baru sekali kena tolak prospek dah malu dan taknak mencuba lagi. Rasa produk dan diri tak mampu buat dan tak berguna. Jadi sikap tidak tau malu untuk terus mencuba dan mengejar kejayaan sangat penting untuk berjaya dalam perniagaan kebab anda!

3. KEJAYAAN TIDAK BERLAKU DALAM 1 MALAM
Kebanyakan perniagaan yang terhenti di pertengahan jalan adalah kerana sikap tidak sabar dalam menghadapi proses cabaran seharian. Semua nak cepat. Tapi tidak selari dengan usaha yang dilakukan. Makan pun kena kunyah 44 kali. Ini kan pula proses membina perniagaan. Sabar, konsisten dan sentiasa tambah baik merupakan kunci dalam kejayaan dalam perniagaan.

Tiada yang mustahil boleh berlaku sekiranya peluang untuk berusaha dapat dimanfaatkan melalui kerja keras dan percaya kepada diri sendiri. Anda juga mampu untuk mencipta kejayaan dalam perniagaan kebab anda sendiri.

Ada yang nak mulakan langkah dalam perniagaan kebab dan berjaya seperti Colonel Sanders?

Kursus Bisnes Kebab dah hampir tiba. Untuk anda yang nak menjana pendapatan tambahan dengan memulakan dan meningkatkan jualan perniagaan kebab, anda boleh sertai Kursus Bisnes Kebab yang akan berkongsi tentang bagaimana mengurus bisnes anda dengan lebih sistematik dan menjana lebih jualan dan keuntungan.

Hubungi +6012-6094643 untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...