Skip to main content

7 CARA UBAH RASA TAKUT KEPADA KEJAYAAN


Rasa takut merupakan perasaan yang normal bagi seseorang manusia yang mempunyai emosi. Acapkali ketakutan ini adalah disebabkan oleh pengalaman lampau yang tidak menyenangkan. Masalah lampau yang tidak berakhir dengan baik atau pun persepsi negatif terhadap informasi yang diterima akan mewujudkan kesan trauma dan takut dalam diri.

Adakah rasa takut harus dihilangkan dan dianggap suatu perasaan yang negatif? Tidak. Rasa takut yang diurus dengan baik boleh memberi motivasi dalam hidup anda untuk membina kejayaan di masa akan datangBerikut merupakan perkongsian bagaimana untuk anda uruskan perasaan takut yang bersarang dalam diri anda.


Penafian rasa takut dalam diri hanya akan menyebabkan anda bertambah gelisah dan runsing. Langkah pertama dalam menguruskan rasa takut adalah dengan menerima rasa takut tersebut. Kadangkala rasa takut akan menyelamatkan diri anda dari mengambil langkah yang boleh memudaratkan diri sendiri. Setelah menerima rasa takut itu, kenal pasti punca perasaan takut tersebut hadir. Sebagai contoh, anda takut untuk memulakan perniagaan kebab ini. Anda takut perniagaan tidak berjalan seperti yang diharapkann.

Berdasarkan temubual bersama peniaga sedia ada, kebanyakan dari mereka mempunyai perasaan takut yang sama ketika berada di permulaan perniagaan. Mereka mengenalpasti kekurangan ilmu dan pengalaman menyebabkan perasaaan takut tersebut hadir


Setelah mengenalpasti punca perasaan takut tersebut hadir, anda boleh melihat punca rasa takut itu dari sudut yang positif. Rasa takut akan menjadi pemacu untuk anda melakukan perubahan dalam hidup dan membuat penambahbaikan dalam hidup anda.

Sebagai contoh, keputusan anda untuk berniaga akan memberi pengalaman baru dan perubahan dalam hidup anda. Disamping mencapai matlamat yang lebih baik dalam hidup anda, perniagaan akan memberi pengalaman yang lebih mematangkan diri serta membina perkembangan diri dari pelbagai aspek termasuklah ilmu perniagaan, interaksi sosial serta kematangan pengurusan emosi.


Langkah yang berikutnya adalah dengan menyenaraikan pilihan penyelesaian yang anda boleh lakukan. Senaraikan beberapa faktor penting yang akan menerima kesan atas keputusan yang anda lakukan. Sebagai contoh, kebiasaannya ada 3 pilihan yang sering disenaraikan oleh pemula peniaga; teruskan berkerja separuh masa tanpa berniaga, berniaga separuh masa, dan berniaga sepenuh masa.

Terdapat beberapa faktor yang akan menerima kesan dari pilihan ini. Antaranya adalah komitmen wang dan sara hidup, dan kebebasan masa. Pertimbangkan kesan dari pelbagai aspek. Tidak ada yang sempurna dalam hidup. Untuk mencapai sesuatu yang lebih baik sesuatu harus dikorbankan. Sebagai contoh, sekiranya anda mahu mula berniaga secara separuh masa, anda harus berkorban masa untuk memastikan anda masih memperolehi pendapatan tetap dari pekerjaan dan memperolehi pendapatan tambahan dari perniagaan.

Pertimbangan untuk berniaga secara sepenuh masa boleh dilakukan setelah pendapatan perniagaan sudah mampu menyara kos hidup dan memberi lebihan wang secara konsisten.


Setelah anda membuat pilihan atas cara penyelesaian yang telah anda pertimbangkan, anda boleh merancang pelan tindakan. Pelan tindakan bermula dengan KENAPA, disusuli dengan APA/SIAPA dan BAGAIMANA.

Mulakan dengan tindakan kecil yang mempunyai risiko rendah. Setelah anda berjaya melaksanakan tindakan kecil yang pertama, anda akan berasa lebih yakin untuk melakukan tindakan yang berikutnya. Jangan tunggu sempurna baru nak bertindak. Pada waktu itu anda akan ketinggalan kerana perubahan sekeliling berlaku dengan terlalu pantas pada masa ini. Semasa memulakan tindakan secara automatik anda juga turut akan memperbaiki cara anda menguruskan perubahan dalam hidup anda dari semasa ke semasa.

Kongsikan dengan keluarga atau rakan terdekat yang dipercayai akan pelan tindakan. Tujuan perkongsian ini adalah untuk anda berikan komitmen pelaksanaan dan memperoleh sokongan daripada mereka. Namun sokongan yang terbesar (80%) datang dari diri sendiri. Anda harus belajar cara untuk memberi sokongan kepada diri sendiri sewaktu anda menempuh fasa sukar dalam pelaksanaan perniagaan anda.


Dalam proses pelaksanaan tindakan, akan ada cabaran yang akan anda tempuh. Justeru penambah baikan dalam pelaksanaan akan berlaku dari semasa ke semasa. Anda boleh melakukan validasi tindakan daripada pelanggan anda. Kenal dan fahami kehendak pelanggan anda. Berikan nilai tambah kepada mereka dari semasa ke semasa. Sentiasa kaji perubahan yang berlaku dan aplikasikan ke dalam perniagaan anda. Ini bagi memastikan perniagaan anda sentiasa relevan dalam pasaran dan mampu untuk kekal berdaya saing.


Berikan ganjaran kepada diri sendiri atas setiap kejayaan yang anda telah capai sama ada ianya kejayaan kecil mahupun kejayaan besar. Ganjaran ini akan memberikan motivasi kepada anda untuk melangkah dan membina kejayaan yang lebih besar di kemudian hari.


BertenangJalan menuju kejayaan pasti akan menempuhi kesusahan melebihi kesenangan. Ini akan membuatkan anda lebih menghargai kejayaan yang anda kecapi. Kekal optimis dan wujudkan kemajuan dari hari ke hari. Namun jangan sampai memaksa dan hilang rasa syukur atas apa yang Allah berikan pada saat ini. Cabaran yang dihadapi pada waktu sekarang adalah latihan untuk menghadapi cabaran apabila berjaya kelak.

Ramai orang meletakkan status ‘berjayapada satu titik pencapaian. Namun pada hakikatnya apabila sudah mencapai titik pencapaian tersebut, status ‘berjayaakan berubah menjadi lebih besar. Di situ akan ada cabaran yang besar juga untuk ditempuh.

Jadi sentiasa bersyukur namun jangan samakan syukur dengan rasa malas dan selesa dengan apa yang ada. Kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada yang lain.

SALAM KEJAYAAN DARI TEAM MADINA KEBAB!


Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

KENAPA JUALAN TAK LAKU?

Sebelum u olls mengeluh bila jualan tak laku, ada beberapa perkara yang u olls kena semak dulu. Antaranya ialah: ✅  Dah berapa orang tau tentang produk kebab yang u olls tawarkan? ✅  Produk kebab yang u olls tawarkan sesuai ke dengan kemahuan pelanggan? ✅  Apakah tawaran terbaik yang u olls boleh beri kepada pelanggan? "Macam mana nak tau semua tu???" Ha tu lah, min kata kalau tak tau belajar dulu, u olls takmau dengar. Pastu bila tak laku u olls salahkan kebab yang tak bersalah tu. Pastu tukar ke perniagaan lain pulak. Asas berniaga dan menjual sama je u olls. Kalau u olls tak faham asas perniagaan ni, tukarlah perniagaan 10 kali pun , masalah yang sama jugak u olls akan hadapi. Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga da...