Skip to main content

BAGAIMANA ATASI CABARAN BERNIAGA?



Tidak sah bagi sesebuah perniagaan untuk tidak menghadapi cabaran. Cabaran merupakan perkara yang sinonim dalam perniagaan. Justeru pengurusan cabaran yang datang merupakan perkara yang harus dilakukan oleh para usahawan perniagaan kebab agar setiap cabaran dapat memberikan kebaikan dalam perniagaan tersebut.

Terdapat pelbagai masalah yang mungkin akan hadir setiap hari. Namun, kenalpasti masalah yang harus diberi keutamaan untuk diselesaikan.


Senaraikan alternatif bagi setiap masalah yang datang. Dapatkan pandangan dari keluarga atau rakan terdekat yang faham dengan situasi anda bagi menjalankan proses validasi bagi setiap alternatif yang anda senaraikan. Lakukan sedikit kajian bagi mengenalpasti alternatif terbaik bagi setiap permasalahan tersebut.

Pertimbangkan alternatif yang anda ada dengan mengambil kira beberapa faktor. Contohnya; penukaran lokasi bagi mendapatkan hasil jualan yang lebih baik – pertimbangkan faktor kos operasi, jarak, serta keselamatan untuk lokasi yang baru. Buat perbandingan dengan lokasi lain atau alternatif lain yang anda boleh gunakan untuk mengatasi masalah jualan yang rendah tersebut.


Setelah mengenalpasti alternatif terbaik, jangan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Cuba aplikasikan keputusan tersebut dalam skala kecil terlebih dahulu dan ukur apakah hasil yang telah anda perolehi. Sekiranya bagus untuk diteruskan, tambah baik dalam skala besar dan sekiranya tidak menjadi, jangan berputus asa dan teruskan mencuba alternatif yang lain.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab


Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...