Skip to main content

OPERASI PERNIAGAAN KEBAB

Secara umumnya, operasi perniagaan kebab merupakan tunjang kedua terpenting selepas proses pemasaran dan penjualan. 

Terdapat beberapa aspek penting dalam operasi perniagaan kebab yang perlu diberi perhatian kepada peniaga yang mahu memulakan perniagaan kebab.

Penjagaan dan pengurusan operasi perniagaan mengikut standar dan panduan yang disediakan akan memudahkan peniaga dan usahawan kebab khususnya buat pemula perniagaan ini.

Pengurusan bahan mentah merupakan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh peniaga dan usahawan kebab. 

Selain memastikan bahan mentah sentiasa diperolehi dalam keadaan yang segar dan berkualiti, kuantiti bahan mentah yang sentiasa mencukupi untuk memenuhi keperluan perniagaan amat penting untuk memastikan perniagaan tetap berjalan dan mencapai jualan yang dikehendaki.

Bahan mentah yang telah dibeli hendaklah disimpan secara teratur dan direkod . Ini bagi memastikan bahan mentah yang dibeli dapat digunakan dengan optima dan mengelakkan pembaziran. 

Selain daripada itu, peniaga dan usahawan kebab harus membuat ‘stock check’ pada setiap hari iaitu pada pembukaan operasi perniagaan dan penutupan perniagaan agar bahan mentah dapat direkod dan tidak mudah dicuri oleh mana-mana pihak. Langkah ini juga membolehkan tarikh luput bahan mentah dapat dipantau pada kadar segera.

Justeru ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) harus dimiliki oleh setiap perniagaan kebab supaya pengurusan bahan mentah yang bermula dari spesifikasi pembelian (kualiti dan harga) dapat diselarikan. Ini akan memudahkan tugas di bahagian pengurusan bahan mentah diserahkan kepada pekerja apabila sampai waktu yang sesuai.

Penyediaan kebab juga merupakan faktor yang penting untuk memberi produk kebab yang sedap dan berkualiti. 

Antara langkah yang perlu diberi perhatian oleh peniaga dan usahawan kebab ialah faktor kebersihan – bahan mentah perlu dicuci sebelum digunakan untuk penyediaan kebab. Sayur-sayuran hendaklah dicuci dengan menggunakan air paip yang sudah ditapis bagi mengelakkan pencemaran.

Selain daripada itu, pekerja yang bertugas untuk memproses dan menyediakan kebab hendaklah memakai sarung tangan plastik atau getah bagi memastikan kebersihan dan keselamatan produk jualan terperlihara.

Sekiranya pengurusan bahan mentah dan penyediaan kebab dijalankan dengan baik, secara automatik kualiti akhir produk akan terjaga dati segi rasa dan kualiti keseluruhan. Pembungkusan kebab hendaklah dilakukan dengan kemas, bersih dan menarik.

Selain daripada itu layanan yang pantas dan cepat akan menarik pelanggan untuk datang membeli semula daripada anda. Sekiranya anda mempunyai apa-apa isu dan tidak dapat memberi layanan yang pantas (contoh: kekurangan pekerja, kehabisan bahan mentah atau kehabisan gas), anda boleh memohon maaf dan memaklumkan perkara tersebut kepada pelanggan anda. 

Sikap ramah dan sentiasa senyum akan menyenangkan hati pelanggan anda untuk terus berlanggan dengan anda. Justeru jadikan senyuman sebahagian daripada SOP untuk melayan pelanggan anda.

Peniaga dan usahawan kebab akan menerima latihan penyediaan kebab mengikut Prosedur Operasi Standar (SOP) semasa menyertai Madina Apprentice Program. 

Tempat sajian yang baik mempunyai tempat yang teratur dan kemas. Setiap perkakas dan bahan mentah disusun dengan kemas dan sebaik-baiknya agar kualiti, kebersihan dan keselamatan terpelihara.

Perkakas hendaklah diletakkan di atas meja atau rak yang bertutup. Perkakas yang tajam hendaklah dilindungi dan tidak membahayakan pekerja. Perkakas elektrik hendaklah dioperasikan dengan baik terutamanya soket elektrik diletakkan di tempat yang jauh dengan gas, api dan air.

Ini akan membolehkan pekerja beroperasi dengan selesa dan selamat.

Pemilihan tempat jualan hendaklah mempertimbangkan beberapa perkara: trafik pengunjung, kos operasi, keselamatan dan keperluan kemudahan. Trafik pengunjung yang tinggi akan mempunyai lokasi yang strategik berbanding trafik rendah pengunjung yang memerlukan pengiklanan lokasi yang berterusan.

Kos operasi hendaklah diambil kira pada awal perniagaan agar anda dapat merancang berapa lamakah anda harus menjalankan perniagaan untuk pengembalian modal yang telah dilaburkan.

Tempat jualan anda tersebut hendaklah menarik dengan menggantungkan banner. Ia juga haruslah terang sekiranya peniaga beroperasi pada waktu malam. Justeru selain bekalan air, bekalan elektrik untuk menjana pencahayaan pada waktu malam harus dirancang dan difikirkan.

Tempat jualan anda mempunyai nilai tambah sekiranya anda menyediakan tempat menunggu untuk pelanggan yang selamat. Selain daripada itu, anda boleh menyediakan tawaran untuk pembelian berikutnya. Ini akan menggalakkan kesetiaan dalam pembelian.

Tempat penyimpanan hendaklah disesuaikan mengikut jenis bahan mentah dan keadaan bahan mentah semasa penyimpanan (masih belum pernah dibuka atau sudah dibuka)

Bahan mentah seperti roti pita hendaklah disimpan pada suhu bilik. Manakala sayur-sayuran dan roti tortilla hendaklah disimpan pada suhu chiller (2-8°C).
Suhu freezer pula diperlukan untuk menyimpan bahan mentah seperti daging kebab.

Selain daripada itu, tempat penyimpanan haruslah dilindungi dan selamat dari akses serangga dan roden yang boleh merosakkan bahan mentah tersebut dan menyebabkan pencemaran makanan. Justeru penyelenggaraan kebersihan turut dilakukan dari semasa ke semasa.

Teknik spesifik pengendalian bahan mentah daging kebab dan bahan mentah yang lain akan dikongsikan di dalam Madina Apprentice Program.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. 

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

KENAPA JUALAN TAK LAKU?

Sebelum u olls mengeluh bila jualan tak laku, ada beberapa perkara yang u olls kena semak dulu. Antaranya ialah: ✅  Dah berapa orang tau tentang produk kebab yang u olls tawarkan? ✅  Produk kebab yang u olls tawarkan sesuai ke dengan kemahuan pelanggan? ✅  Apakah tawaran terbaik yang u olls boleh beri kepada pelanggan? "Macam mana nak tau semua tu???" Ha tu lah, min kata kalau tak tau belajar dulu, u olls takmau dengar. Pastu bila tak laku u olls salahkan kebab yang tak bersalah tu. Pastu tukar ke perniagaan lain pulak. Asas berniaga dan menjual sama je u olls. Kalau u olls tak faham asas perniagaan ni, tukarlah perniagaan 10 kali pun , masalah yang sama jugak u olls akan hadapi. Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga da...