Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe

5 KESILAPAN USAHAWAN KEBAB

Dunia perniagaan selalu dikhabarkan indah namun ia juga turut digambarkan sebagai profesi yang mencabar.  Dalam apa jua bidang yang diceburi, usaha diperlukan bagi menjayakan ia sehingga berjaya. Terdapat beberapa kesilapan yang biasa berlaku di kalangan pemula usahawan kebab.  Dengan ilmu pengetahuan dan bimbingan dari pakar industri, kesilapan begini dapat dielakkan dan mempercepatkan anda menjana jualan bagi memberi keuntungan dan kejayaan untuk perniagaan anda. Tiada perancangan merupakan kesilapan utama pemula usahawan kebab.  Perancangan harus dimulakan dengan ilmu yang berkaitan dengan bidang yang akan diceburi. Ilmu perniagaan merangkumi ilmu tentang operasi perniagaan tersebut, seterusnya pemasaran dan jualan serta pengurusan kewangan dan akaun perniagaan. Perancangan yang paling penting dalam perniagaan adalah dengan menetapkan matlamat jualan dimana ianya merupakan nadi bagi perniagaan anda. Anda perlu merencanakan sejauh manakah anda ingin membawa p