Skip to main content

5 KESILAPAN USAHAWAN KEBAB

Dunia perniagaan selalu dikhabarkan indah namun ia juga turut digambarkan sebagai profesi yang mencabar. 

Dalam apa jua bidang yang diceburi, usaha diperlukan bagi menjayakan ia sehingga berjaya. Terdapat beberapa kesilapan yang biasa berlaku di kalangan pemula usahawan kebab. 

Dengan ilmu pengetahuan dan bimbingan dari pakar industri, kesilapan begini dapat dielakkan dan mempercepatkan anda menjana jualan bagi memberi keuntungan dan kejayaan untuk perniagaan anda.

Tiada perancangan merupakan kesilapan utama pemula usahawan kebab. 

Perancangan harus dimulakan dengan ilmu yang berkaitan dengan bidang yang akan diceburi. Ilmu perniagaan merangkumi ilmu tentang operasi perniagaan tersebut, seterusnya pemasaran dan jualan serta pengurusan kewangan dan akaun perniagaan.

Perancangan yang paling penting dalam perniagaan adalah dengan menetapkan matlamat jualan dimana ianya merupakan nadi bagi perniagaan anda. Anda perlu merencanakan sejauh manakah anda ingin membawa perniagaan anda ini. Mulakan dengan penetapan matlamat jualan anda terlebih dahulu.

Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar industri yang menawarkan konsultasi tentang perniagaan kebab ini. Ini adalah kerana pakar industri mempunyai ‘case study’ dan pengalaman dalam perniagaan yang boleh membantu peniaga yang baru bermula bagi mengelakkan mereka mengulang kesilapan yang sama.

Ramai peniaga beranggapan mereka akan menjimatkan duit dengan melakukan kesemua pekerjaan sendiri. 

Bermula dari membeli barang, menyiapkan gerai atau premis perniagaan, melayan kerenah pelanggan, mengemas perniagaan dan sebagainya. Rutin operasi perniagaan ini diulang berhari-hari sehingga mereka berada dalam fasa perniagaan yang sama selama bertahun-tahun.

Antara kesilapan pertama peniaga adalah tidak mengasingkan gaji untuk diri sendiri sekiranya mereka berkerja dalam operasi perniagaan tersebut. Mereka telah mencampurkan kedua-dua gaji dan keuntungan perniagaan menjadi satu.

Ini akan menyebabkan mereka sukar menyerahkan pekerjaan itu kepada orang lain dan seterusnya lama kelamaan menjadi penat dan menyebabkaperniagaan mereka tidak berkembang.

Justeru, langkah pertama adalah dengan menyenaraikan tugas bagi mencapai matlamat jualan dan delegasi tugas tersebut mengikut deskripsi tugas dan kelayakan yang ada.

Dengan berbuat demikian, pemilik perniagaan dapat memberi fokus kepada tugas penting, dengan meminimakan kerja operasi dan fokus kepada meningkatkan jualan bagi memberi impak yang lebih besar kepada perniagaan.

Ramai peniaga beranggapan berada di lokasi dengan trafik tinggi sudah mencukupi untuk mencapai sasaran dan matlamat jualan yang dikehendaki.

Memang benar berada di lokasi yang mempunyai trafik tinggi merupakan salah satu bentuk pemasaran lokasi yang peting. Namun, jualan akan berhenti bergerak ke angka yang lebih besar sekiranya tidak melakukan aktiviti pemasaran tambahan. 

Ini adalah kerana pelanggan yang membeli merupakan pelaggan yang sama dan kemungkinan untuk mereka tidak membeli lagi tetap ada.

Melalui pemasaran dan hebahan yang konsisten, peniaga dapat merekrut pelanggan baru untuk membeli produk kebab yang dijual. Selain daripada itu, anda sebagai peniaga dapat menjalankan komunikasi berkesan melalui aktiviti pemasaran dan hebahan sekiranya ingin melancarkan produk baru dan memulakan promosi bagi produk tersebut.

Sistem kawalan perniagaan termasuklah kawalan keseluruhan pengurusan perniagaan – kawalan inventori, kawalan sumber manusia dan kawalan kewangan. Sistem kawalan adalah proses untuk memastikan aktiviti perniagaan terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Tujuan mempunyai sistem kawalan antaranya adalah untuk menilai prestasi sesebuah perniagaan dan sumber daya manusia yang terlibat di dalam perniagaan tersebut. Selain daripada itu ianya turut digunakan sebagai satu jaminan kualiti produk dengan mengawasi, memeriksa dan meningkatkan mutu kawalan.

Sekiranya tidak mempunyai sistem kawalan ini, perniagaan kebab yang dijalankan akan mempunyai risiko untuk terdedah kepada beberapa perkara berikut – kehilangan barangan inventori dan wang jualan, kualiti bahan jualan yang terjejas dan pekerja yang tidak berdisiplin

Bagaimana implementasi sistem kawalan dalam perniagaan anda akan diterangkan dengan lebih mendalam di dalam program Madina Apprentice Program.

Perasaan tidak yakin boleh diatasi dengan menimba ilmu yang berkaitan. Pemula peniaga juga boleh bertanya kepada pakar industri untuk konsultasi lanjut yang lebih mendalam. 

Apa yang menjadi masalah apabila dah ada ilmu tapi masih tidak yakin. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh daripada orang sekeliling ataupun anda masih belum memulakan tindakan dalam operasi perniagaan anda.

Atasi ketidakyakinan ini dengan mempunyai perancangan yang sudah divalidasi dan mulakan dengan tindakan pada skala kecil sebelum mengembangkan ia pada skala yang lebih besar.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...