Skip to main content

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat.

Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka.

Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan.

Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000.

Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Keperluan untuk menambah pekerja hanya bergantung kepada kuantiti jualan. Pekerja hanya perlu diberi penerangan dan dilatih mengikut prosedur operasi standar yang telah ditetapkan. 

Sekiranya ada menyediakan khidmat penghantaran, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil pekerja tambahan. Bagi sesebuah lokasi perniagaan, 2 orang pekerja sudah mencukupi untuk menyediakan kebab dan mencapai sasaran jualan 5 angka pertama anda.

Gaya ‘street stall’ kebanyakannya memerlukan kos sewa yang rendah. Antara lokasi pilihan untuk cara berniaga gaya ‘street stall’ termasuklah – tepi jalan di kawasan perumahan atau kawasan perniagaan komersil, dan di pasar malam atau pasar pagi. Tapak tepi jalan ada yang dimiliki oleh persatuan penjaja setempat, begitu juga tapak pasar malam dan pasar pagi. Ada juga tapak tepi jalan yang dimiliki oleh pemilik tanah persendirian.

Bagi yang merancang untuk memulakan operasi di tapak tepi jalan yang tidak diuruskan oleh mana-mana pihak, tapak ini berisiko untuk disaman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Namun anda boleh memulakan perniagaan sekiranya tidak mengganggu trafik dan keselamatan, dan mula memohon untuk lesen perniagaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan.

Perniagaan kebab gaya ‘street stall’ memudahkan peniaga untuk bertukar lokasi sekiranya sesuatu lokasi tersebut tidak mendapat sambutan trafik dan jualan yang telah disasarkan. Renovasi yang tidak diperlukan berserta dengan keperluan perniagaan yang minima memudahkan peniaga untuk berpindah dan mencuba menjual di lokasi baru.

Disebabkan oleh kos permulaan perniagaan dan kos operasi yang rendah, peniaga mudah untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka hanya perlu untuk mencari lokasi strategik yang baru untuk memulakan perniagaan di lokasi tersebut dan memulakan perniagaan mereka. 

Walaubagaimanapun ssebuah lokasi tersebut haruslah divalidasi bagi memberi pulangan jualan yang telah disasarkan. Antara faktor penting untuk validasi adalah jumlah trafik pengunjung. Selain pasar malam, pasar pagi dan tepi jalan, anda boleh mempertimbangkan lokasi termasuklah – kawasan pasaraya, dan hub pengangkutan seperti stesen bas.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...