Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

KENAPA MATLAMAT PENTING?

Mengapa matlamat penting ? Matlamat merupakan satu langkah awal dalam anda mencipta kejayaan di dalam kehidupan dan juga perniagaan anda . Matlamat merupakan senarai pencapaian yang anda ingin capai secara spesifik dan boleh diukur dalam satu tempoh masa yang ditetapkan . Jom lihat kenapa matlamat begitu penting untuk ditetapkan . Matlamat adalah hala tuju dalam kehidupan . Hidup tanpa hala tuju ibarat mahu pergi ke suatu destinasi tapi anda tidak jelas nak ke mana . Akibatnya anda akan sesat dan berputar di kawasan yang sama . Justeru , matlamat merupakan psikologi asas dalam kehidupan . Konsep matlamat yang sama turut diaplikasikan dalam dunia perniagaan . Nyawa sebuah perniagaan terletak pada jualan . Untuk peniaga kebab sentiasa letakkan matlamat dalam perniagaan kebab anda . Matlamat yang jelas akan bertindak sebagai pemacu motivasi diri anda . Melalui matlama

5 CARA BUAT PELANGGAN SETIA

Di sambil anda melancarkan kempen untuk mendapatkan pelanggan baru, anda hendaklah sentiasa untuk menjaga hubungan bersama pelanggan anda yang sedia ada. Pelanggan yang berpuas hati merupakan aset terbesar bagi perniagaan anda. Ini adalah kerana pelanggan yang berpuas hati akan mengulangi pembelian dan merekomendasikan perniagaan anda kepada keluarga serta kenalan yang berada dalam lingkungannya. Perkara yang sebaliknya akan berlaku sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dan kecewa dengan pelayanan yang anda lakukan. Bagaimana cara untuk memastikan pelanggan anda setia dengan anda? Jom baca 5 tips untuk buat pelanggan anda setia dengan bisnes anda. Fahami kehendak dan keinginan pelanggan. Bagaimana untuk mengetahui kehendak dan keinginan pelanggan? Lakukan kajian maklum balas pelanggan serta ‘user experience’ berbentuk survey ke atas pelanggan anda. Sekiranya anda menerima maklum balas dari pelanggan yang berpuas hati dengan servis dan produk yang anda tawarkan, ke

7 CARA UBAH RASA TAKUT KEPADA KEJAYAAN

Rasa takut merupakan perasaan yang normal bagi seseorang manusia yang mempunyai emosi . Acapkali ketakutan ini adalah disebabkan oleh pengalaman lampau yang tidak menyenangkan . Masalah lampau yang tidak berakhir dengan baik atau pun persepsi negatif terhadap informasi yang diterima akan mewujudkan kesan trauma dan takut dalam diri . Adakah rasa takut harus dihilangkan dan dianggap suatu perasaan yang negatif ? Tidak . Rasa takut yang diurus dengan baik boleh memberi motivasi dalam hidup anda untuk membina kejayaan di masa akan datang .  Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk anda uruskan perasaan takut yang bersarang dalam diri anda . Penafian rasa takut dalam diri hanya akan menyebabkan anda bertambah gelisah dan runsing . Langkah pertama dalam menguruskan rasa takut adalah dengan menerima rasa takut tersebut . Kadangkala rasa takut akan menyelamatkan diri anda dar