Skip to main content

5 CARA BUAT PELANGGAN SETIA


Di sambil anda melancarkan kempen untuk mendapatkan pelanggan baru, anda hendaklah sentiasa untuk menjaga hubungan bersama pelanggan anda yang sedia ada. Pelanggan yang berpuas hati merupakan aset terbesar bagi perniagaan anda. Ini adalah kerana pelanggan yang berpuas hati akan mengulangi pembelian dan merekomendasikan perniagaan anda kepada keluarga serta kenalan yang berada dalam lingkungannya.

Perkara yang sebaliknya akan berlaku sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dan kecewa dengan pelayanan yang anda lakukan. Bagaimana cara untuk memastikan pelanggan anda setia dengan anda? Jom baca 5 tips untuk buat pelanggan anda setia dengan bisnes anda.


Fahami kehendak dan keinginan pelanggan. Bagaimana untuk mengetahui kehendak dan keinginan pelanggan? Lakukan kajian maklum balas pelanggan serta ‘user experience’ berbentuk survey ke atas pelanggan anda. Sekiranya anda menerima maklum balas dari pelanggan yang berpuas hati dengan servis dan produk yang anda tawarkan, kenal pasti karakter serta apakah sebab untuk mereka terus setia bersama dengan anda. Perkara yang sama tururt dilakukan sekiranya anda menerima pelanggan yang tidak berpuas hati dengan servis dan produk anda. Kenal pasti punca permasalahan dan cari jalan penyelesaian terbaik.


Berdasarkan survey yang anda lakukan, tonjolkan kelebihan yang dinyatakan oleh pelanggan anda untuk terus setia bersama anda. Sekiranya ada maklum balas ketidakpuasan hati, uruskan maklum balas tersebut dengan baik. Terima dan analisa maklum balas tersebut sebelum merancang untuk penambaikan yang boleh anda lakukan bagi memenangi kepercayaan pelanggan kembali.


Untuk membina kesetiaan pelanggan anda, simpan database pelanggan anda. Lakukan follow up terhadap pelanggan anda. Mulakan dengan mengucapkan terima kasih atas kepercayaan mereka untuk menjadi pelanggan anda dan kemudiannya anda boleh lakukan tawaran berkala kepada mereka. Walaupun sesi follow up nampak mudah tetapi masih ramai yang belum melakukan aktiviti ini untuk menjaga hubungan bersama pelanggan mereka dan mebina kesetiaan berpanjangan.


Program kesetiaan atau ‘Loyalty Program’ boleh diperkenalkan bagi memberi lebih ganjaran kepada pelanggan anda. Sebagai contoh anda boleh menyediakan kad kesetiaan; PERCUMA 1 KEBAB BAGI 10 PEMBELIAN. Anda juga boleh menawarkan diskaun khas buat pelanggan setia anda secara promosi berkala.


Anda boleh menawarkan peluang perniagaan kepada pelanggan anda. Tawaran perniagaan ini boleh memberikan keuntungan kepada mereka sekaligus membantu anda dalam meningkatkan pemasaran produk. Sebagai contoh anda boleh melantik ejen jualan di universiti setempat sekiranya anda ingin menjual kepada mereka.

Semoga 5 tips ini dapat membantu anda sebagai peniaga kebab untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan jualan dengan menjaga hubungan bersama para pelanggan anda.

SELAMAT MAJU JAYA!

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...