Skip to main content

KENAPA MATLAMAT PENTING?


Mengapa matlamat penting? Matlamat merupakan satu langkah awal dalam anda mencipta kejayaan di dalam kehidupan dan juga perniagaan anda. Matlamat merupakan senarai pencapaian yang anda ingin capai secara spesifik dan boleh diukur dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Jom lihat kenapa matlamat begitu penting untuk ditetapkan.


Matlamat adalah hala tuju dalam kehidupan. Hidup tanpa hala tuju ibarat mahu pergi ke suatu destinasi tapi anda tidak jelas nak ke mana. Akibatnya anda akan sesat dan berputar di kawasan yang sama. Justeru, matlamat merupakan psikologi asas dalam kehidupan. Konsep matlamat yang sama turut diaplikasikan dalam dunia perniagaan. Nyawa sebuah perniagaan terletak pada jualan. Untuk peniaga kebab sentiasa letakkan matlamat dalam perniagaan kebab anda.


Matlamat yang jelas akan bertindak sebagai pemacu motivasi diri anda. Melalui matlamat jelas, anda akan menemui cara pelaksanaan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kehidupan dan perniagaan akan sentiasa berdepan dengan halangan dan cabaran, namun hanya matlamat yang akan memacu tindakan yang seterusnya.


Dengan matlamat anda akan menjimatkan masa dan tenaga anda. Melalui matlamat anda akan merancang aktiviti yang akan dilakukan. Anda akan memastikan aktiviti yang anda lakukan menyumbang ke arah pencapaian matlamat. Ini akan membuatkan anda sentiasa berada di jalan yang betul serta tidak terpesong dari aktiviti yang sebenar.


Melalui penetapan matlamat, anda akan mula mencapai matlamat awal atau kecil sebelum anda mencapai mencapai matlamat yang lebih besar. Ini akan mewujudkan keyakinan kepada anda untuk terus bergerak ke hadapan dan mencapai matlamat yang lebih besar setiap hari. Secara tidak langsung, keyakinan yang diperoleh akan menjadi pemacu kepada kemajuan diri, kehidupan dan perniagaan anda.


Matlamat akan mengawal fokus anda dalam kehidupan seharian. Dengan fokus, matlamat akan bertukar menjadi tindakan yang konsisten sekiranya anda memilih untuk bertindak dan melakukan perubahan. Tindakan yang konsisten mengikut matlamat yang telah ditetapkan akan menentukan aras kejayaan anda. 

Dah tentukan matlamat anda? Anda lah yang akan menentukan hala tuju anda. No one else will.

SELAMAT BERJAYA!

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

7 CARA UBAH RASA TAKUT KEPADA KEJAYAAN

Rasa takut merupakan perasaan yang normal bagi seseorang manusia yang mempunyai emosi . Acapkali ketakutan ini adalah disebabkan oleh pengalaman lampau yang tidak menyenangkan . Masalah lampau yang tidak berakhir dengan baik atau pun persepsi negatif terhadap informasi yang diterima akan mewujudkan kesan trauma dan takut dalam diri . Adakah rasa takut harus dihilangkan dan dianggap suatu perasaan yang negatif ? Tidak . Rasa takut yang diurus dengan baik boleh memberi motivasi dalam hidup anda untuk membina kejayaan di masa akan datang .  Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk anda uruskan perasaan takut yang bersarang dalam diri anda . Penafian rasa takut dalam diri hanya akan menyebabkan anda bertambah gelisah dan runsing . Langkah pertama dalam menguruskan rasa takut adalah dengan menerima rasa takut tersebut . Kadangkala rasa takut akan menyelamatkan diri anda ...

BARU BUAT BEBERAPA KALI DAH RASA NAK BERPUTUS ASA?

Fikirkan sekali lagi keputusan u olls tu. Min faham kadang-kadang rasa down sangat bila orang pertikaikan keadaan perniagaan kita yang belum nampak hasil yang diimpikan sedangkan dah pelbagai cara yang dilakukan. Apa nak buat bila rasa camni? 1. ANALISIS STRATEGI YANG DIGUNAKAN Adakah strategi tersebut memberi pulangan ke atas modal pemasaran yang dikeluarkan? Jika tidak, kenalpasti adakah TAWARAN yang diberikan bersesuaian dengan sasaran pelanggan yang anda sasarkan. Seterusnya ialah: 2. KONSISTEN MENERUSKAN STRATEGI TERSEBUT Jangan mudah bertukar platform pemasaran. Sebagai contoh u olls nak gunakan media atas talian (online) untuk membuat hebahan. Gunakan strategi di atas platform yang sama untuk sekurang-kurangnya 6 bulan sehingga setahun. Ini adalah kerana MASA diperlukan untuk prospek mempercayai u olls. U olls mesti dah tahu kejayaan sesebuah perniagaan tidak berlaku dalam SATU MALAM. Ia memerlukan proses kegagalan (atau min lebih s...