Skip to main content

7 TABIAT USAHAWAN KEBAB BERJAYA


Berdasarkan pemerhatian dan kajian, usahawan yang berjaya mempunyai tabiat yang sama dalam aktiviti harian mereka. Antara yang penting dan utama adalah pengurusan masa dan dedikasi dalam perniagaan yang diceburi. Tabiat usahawan berjaya ini dapat dicontohi oleh usahawan kebab sedia ada dan juga usahawan baru dalam menjalankan perniagaan kebab.


Bangun awal pagi mempunyai kelebihan dalam menjadi produktif dengan mempunyai minda yang lebih fokus dan tajam di awal hari. Minda yang lebih fokus ini akan memberikan usahawan kesempatan untuk mengatur strategi harian dengan lebih baik dan terancang.


Perancangan awal merupakan tabiat bagi usahawan berjaya. Ini bagi mengelakkan mereka kelam kabut mengatur dan menyusun perancangan di saat akhir. Dengan mempunyai perancangan yang teratur, anda akan mempunyai idea pelaksanaan perniagaan yang lebih jelas serta anda lebih tahu apa yang harus anda selesaikan. Usahawan kebab disarankan untuk merancang aktiviti perniagaan secara mingguan.


Matlamat yang telah ditetapkan haruslah diingat selalu terutamanya oleh pemilik perniagaan atau usahawan tersebut. Ambil sedikit waktu untuk anda melihat dan mengingati matlamat yang telah anda tetapkan supaya anda sentiasa berada di landasan perniagaan yang betul. Pastikan aktiviti utama perniagaan untuk menjana keuntungan sentiasa mengambil tempat dalam aktiviti harian perniagaan anda.


Untuk menjadi produktif dan fokus terhadap pencapaian perniagaan kebab anda, anda harus membezakan tugas perniagaan yang ‘important’ dan yang ‘urgent’. Aktiviti ‘urgent’ termasuklah aktiviti jualan untuk menjana keuntungan dan aktiviti ‘important’ termasuklah urusan rekod dan administrasi. Utamakan kerja ‘urgent’ yang hanya boleh dilakukan oleh anda dan delegasi tugas dalam perniagaan yang bersifat ‘important’ kepada orang lain.


Ramai usahawan kebab beranggapan mereka dapat menjimatkan lebih banyak duit sekiranya mereka melakukan semua tugasan perniagaan secara bersendirian. Untuk fasa awal perniagaan, bertugas secara solo adalah wajar namun usahawan harus segera mengupah orang lain untuk membantu dalam operasi perniagaan bagi membolehkan perniagaan berkembang. Ini adalah kerana apabila usahawan kebab melakukan kerja-kerja operasi perniagaan yang boleh dilakukan oleh orang lain, masa berharga yang dapat digunakan oleh usahawan kebab unuk menjana lebih pendapatan telah pun digunakan untuk melaksanakan operasi perniagaan tersebut. Ini akan menyebabkan kerugian masa, tenaga dan peluang menjana pendapatan perniagaan yang lebih besar sekiranya usahawan kebab membiarkan diri mereka terlalu lama berada dalam operasi perniagaan.


Badan dan minda anda memerlukan diet yang sihat dan seimbang bagi membolehkan anda melaksanakan tugas sebagai seorang usahawan dengan baik. Justeru itu anda dinasihatkan untuk menjaga keperluan diet harian anda agar anda kekal aktif dan bertenaga dalam menjalankan operasi perniagaan.


Selain diet yang sihat dan seimbang, usahawan yang berjaya akan menitikberatkan rehat yang diperlukan oleh mereka. Tidur malam selama 6 hingga 8 jam masih diperlukan oleh orang dewasa. Tidur malam yang mencukupi amat diperlukan oleh usahawan kebab agar mereka dapat menguruskan perniagaan kebab dengan sebaiknya

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...