Skip to main content

BISNES KEBAB PART TIME. BAGAIMANA CARANYA?


Perniagaan kebab boleh dipilih untuk dilakukan secara separuh masa (part-time) atau pun secara sepenuh masa (full-time). Kebanyakan usahawan kebab sedia ada bermula dengan perniagaan secara separuh masa.

Ini adalah kerana berhenti kerja tanpa perancangan dalam keadaan tidak bersedia akan menyebabkan anda berisiko untuk menghadapi tekanan akibat tidak mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi serta harus menanggung komitmen peribadi dan juga komitmen perniagaan yang kadang-kadang datang tidak terduga. Mengambil perniagaan sampingan separuh masa boleh membantu meringankan tekanan pada kedudukan kewangan anda, dan pada masa yang sama akan membantu anda mendapatkan kemahiran perniagaan sehingga anda bersedia untuk beralih sepenuhnya dalam dunia perniagaan.

Terdapat beberapa perkara yang harus diberi perhatian dan pertimbangan sekiranya anda mahu memulakan perniagaan kebab ini secara separuh masa.


Anda digalakkan untuk memilih lokasi yang hampir dengan tempat tinggal anda. Ini untuk memudahkan anda menjalankan perniagaan anda sekiranya anda merupakan orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan operasi perniagaan. Sekiranya anda mempunyai kakitangan setelah mencapai satu fasa perniagaan, lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal memudahkan anda untuk memantau perniagaan anda. Perkara ini merupakan faktor penting dalam fasa awal memulakan perniagaan.

Waktu operasi perniagaan juga harus disesuaikan dengan waktu berkerja anda. Jangan jalankan perniagaan ketika anda berada dalam waktu anda berkerja bagi memperoleh keberkatan dalam setiap rezeki yang anda dapatkan. Rancang jadual pembelian bahan mentah dengan teratur dan sistematik bagi mengelakkan anda kelam kabut pada saat akhir. Sekiranya anda berkerja pada jam waktu pejabat, waktu petang hingga malam merupakan waktu yang sesuai untuk memulakan operasi. Jam 4 petang hingga 10 malam merupakan waktu yang digunakan oleh kebanyakan usahawan kebab. Sekiranya anda mempunyai waktu berkerja yang tidak menentu anda boleh mencari kakitangan yang akan berkerja secara separuh masa untuk menggantikan anda.

Lokasi dan waktu operasi harus dipatuhi usahawan dengan berdisiplin untuk mengelakkan pelanggan berasa kecewa. Kepuasan dan kepercayaan pelanggan haruslah dititikberatkan oleh para usahawan kebab.




Dalam apa jua perniagaan makanan, rasa yang sedap dan kualiti yang konsisten merupakan faktor utama dalam menentukan kelestarian perniagaan anda di samping pengurusan perniagaan yang teratur dan sistematik

Bagaimana anda kawal jaminan kebab dengan rasa sedap dan berkualiti? Mulakan dengan mengawal bahan mentah yang dibeli. Selain dari harga kos bahan mentah, kesegaran bahan mentah amat penting untuk memberi kebab yang sedap dan berkualiti. Kemudian anda harus menitik beratkan proses penyediaan kebab tersebut. Setiap menu kebab yang anda sediakan harus mempunyai prosedur operasi standar (SOP) untuk mengawal kualiti penyediaan menu kebab serta memberikan kualiti yang konsisten dalam setiap hidangan menu kebab anda.

Perkara terakhir tetapi paling penting dalam proses ini ialah maklumbalas pelanggan. Buat kajian dan sentiasa terima maklum balas pelanggan dengan hati yang terbuka. Setelah menerima maklum balas pelanggan, validasi maklum balas itu dengan pasukan anda. Sekiranya relevan, anda harus cepat mengambil tindakan penambahbaikan untuk memberikan kepuasan dan seterusnya membina kesetiaan dari pelanggan tersebut. Terdapat beberapa platform yang dapat digunakan dalam menerima dan mengurus maklum balas dari pelanggan. Antaranya melalui media sosial; FB, IG & Twitter (Review, Contest & Private Message). Sekali lagi usahawan kebab diingatkan untuk tidak takut menerima maklum balas, sebaliknya belajar untuk menguruskan maklum balas tersebut dan tambah baik perniagaan anda dari semasa ke semasa bagi mendapatkan kepercayaan dan jualan berterusan.


Kawalan margin keuntungan amat penting untuk dilakukan oleh usahawan kebab. Pengurusan keuntungan perniagaan kebab yang betul, teratur dan sistematik akan membolehkan usahawan kebab mengembangkan perniagaan kebab mereka dengan lebih mudah dan pantas berbanding perniagaan yang tidak diurus dengan betul. Kawalan margin keuntungan dipengaruhi oleh 2 faktor penting iaitu harga kos dan harga jualan.

Kawalan kos yang ketat dan harga jualan yang bersesuaian dengan nilai yang anda tawarkan akan membuatkan perniagaan kebab anda memperoleh keuntungan yang berterusan. Terdapat beberapa faktor lain yang akan mempengaruhi keuntungan perniagaan anda namun kedua-dua faktor ini merupakan perkara asas yang perlu anda ketahui sebelum memulakan perniagaan. Anda akan memperoleh nilai unjuran jualan yang anda perlukan berdasarkan dua data ini.


Selain margin keuntungan, anda haruslah mempunyai pelan pemasaran yang jelas. Kempen pemasaran haruslah dirancang secara tahunan. Kenalpasti trend semasa dan kaitkan dengan perniagaan kebab anda. Kos pemasaran juga harus dirancang berdasarkan target jualan yang disasarkan. Pemasaran SANGAT PENTING untuk dilakukan dalam perniagaan kebab untuk menjana jualan anda dengan lebih pantas terutamanya sekiranya anda mempunyai lokasi yang tidak mempunyai trafik yang tinggi.


Kesemua perkara penting dalam memulakan perniagaan kebab secara separuh masa ini harus dipelajari oleh usahawan kebab yang baru hendak memulakan perniagaan kebab ini. Justeru inisiatif Madina Kebab melancarkan Madina Apprentice Program bagi memberi peluang kepada usahawan kebab baru memulakan perniagaan kebab secara separuh masa atau sepenuh masa mendapatkan latihan dan pemantauan perniagaan.

Nak jana pendapatan tambahan dengan perniagaan kebab? Daftar penyertaan anda di link ini http://bit.ly/MadinaApprentice atau PM kami untuk kami bantu anda dapatkan tawaran ini. Mulakan satu langkah kecil untuk cipta langkah besar yang seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...