Skip to main content

BAGAIMANA ANALISA LOKASI PERNIAGAAN KEBAB?


Dah dapat beberapa alternatif lokasi tapi masih pening untuk membuat pilihan? 

Selain tips memilih lokasi di post sebelum ini, di sini kami nak kongsikan bagaimana anda boleh melakukan analisa untuk memilih lokasi perniagaan kebab anda.


Antara kajian utama yang perlu diambil kira termasuklah:

Trafik pengunjung
Kos sewaan tapak atau premis
Persaingan
Peraturan Perniagaan
Keselamatan
Keperluan kemudahan – bekalan air dan elektrik



Anda boleh mulakan dengan berkenalan bersama dengan ahli jawatankuasa setempat. Bina perhubungan awal dengan memberikan gambaran yang baik tentang diri anda. 

Bagi yang bercadang untuk memulakan perniagaan melalui tapak pasar malam/ pasar tani/ pasar pagi, besar kemungkinan ada tapak kosong yang anda boleh sewa tanpa perlu memohon lesen.

Tindakan ini agak berisiko sekiranya terdapat pemeriksaan daripada pihak penguatkuasa tempatan dan boleh dikenakan kompaun namun anda boleh mempertimbangkan untuk tempoh percubaan.


Setiap jenis pemilihan lokasi pasti ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sekiranya anda memilih untuk berada di pasar malam/ pasar tani/ pasar pagi, anda akan berniaga dengan kunjungan trafik yang tinggi namun anda perlu mempunyai kenderaan khusus untuk perniagaan bagi menempatkan barang perniagaan anda. 

Berada di lokasi ini juga akan terdedah dengan panas dan hujan. Namun, kos sewaan yang rendah merupakan kelebihan untuk berniaga di lokasi ini.
Anda boleh menilai berdasarkan faktor risiko yang sama untuk jenis lokasi yang lain.


Sebagai peniaga yang baru memulakan perniagaan, sikap positif harus diamalkan. Langkah paling mudah adalah dengan menjadi peramah bersama jiran peniaga yang lain. Kenalkan diri anda dan anda boleh mendengar pendapat mereka.

Sekiranya pendapat dan nasihat mereka bernas berdasarkan pengalaman mereka, anda boleh pertimbangkan dan mula merancang untuk memulakan tindakan.


Setelah mula berniaga dan tamat tempoh percubaan di sesuatu lokasi, anda boleh mula untuk memohon untuk mendapatkan lesen perniagaan secara tetap. Ini akan memudahkan urusan perniagaan tanpa perlu khuatir akan risiko untuk menerima kompaun daripada pihak penguatkuasa.


Pengangkutan adalah penting untuk anda yang berniaga secara bergerak dan mudah alih. Kenderaan anda akan digunakan untuk memindahkan barang perniagaan anda. 

Mulakan dengan apa yang ada di tangan terlebih dahulu. Setelah perniagaan bertambah baik, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan kenderaan perniagaan anda sendiri.




Bekalan air adalah sumber penting untuk peniaga makanan bagi memastikan makanan diproses dalam keadaan yang bersih. Bekalan elektrik pula adalah penting untuk peniaga yang memilih untuk berniaga pada waktu malam (untuk lokasi pasar malam/ gerai).

Kedua-dua sumber penting tidak menjadi masalah bagi peniaga yang memilih untuk berniaga di premis atau di kedai. Namun terdapat kos tambahan yang diperlukan untuk membayar kos utiliti ini. Kos sewaan turut menjadi lebih mahal dengan adanya kemudahan ini.


Berdasarkan perkara yang telah dinyatakan, anda boleh mula menilai dan mengkaji secara keseluruhan secara kuantitatif (kiraan kos) dan kualitatif (mudah). Pada akhirnya tujuan anda berniaga adalah untuk memperoleh keuntungan dan terus berada dalam perniagaan dan mengembangkannya.


Peniaga haruslah menjaga etika berniaga. Sentiasa jujur dengan barang jualan yang dijual. Hormati pelanggan, pembekal dan jiran-jiran peniaga yang lain. 

Ikhlas dan bersikap telus dalam perniagaan akan membuatkan anda lebih tenang dalam berniaga. Hidup dan perniagaan anda juga akan lebih diberkati.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka sepertipeniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...