Skip to main content

KANDUNGAN PEMASARAN PERNIAGAAN KEBAB

Sebelum ini kami telah kongsikan jenis-jenis alat atau media pemasaran (seperti Facebook, IG, Twitter, Blog dan YouTube) yang usahawan kebab boleh gunakan sebagai alat untuk mempromosikan barangan jualan kebab. 

Kali ini kami akan kongsikan apakah jenis-jenis kandungan pemasaran yang anda boleh paparkan di media pemasaran tersebut.

Jom baca apakah jenis konten yang anda boleh kongsikan dan paparkan kepada pelanggan anda.

Jenis produk dan servis yang anda tawarkan merupakan perkara terpenting yang anda boleh paparkan di dalam konten pemasaran anda. Tidak semua jenis produk dan servis perlu anda paparkan dengan serentak. 

Tawarkan promosi berkala untuk produk dan servis yang anda tawarkan. Anda boleh memilih produk dan servis yang akan anda utamakan bagi sesebuah promosi yang anda jalankan. Jenis servis dan promosi sebaik-baiknya adalah berkaitan dengan kalendar semasa. Contohnya promosi sempena Hari Taya atau Hari Tahun Baru.

Sela masa yang diperlukan bagi sesebuah promosi ialah sekitar 3 hingga 4 bulan supaya anda dapat memaksimakan hasil jualan daripada promosi berkala tersebut.

Usahawan kebab boleh memaparkan aktiviti perniagaan yang dijalankan di dalam media pemasaran yang dimiliki. 

Antara aktiviti tersebut termasuklah penyediaan dan pembuatan kebab, penyertaan ekspo atau pameran menjual makanan sekiranya ada, dan aktiviti harian lain – tempahan dan pesanan kebab yang anda terima pada hari tersebut.

Usahawan kebab dapat berkongsi tips mengikut jenis produk dan servis yang anda tawarkan. 

Sekiranya anda menyediakan khidmat penghantaran kebab untuk jamuan atau majlis keraian, anda boleh kongsikan tips merancang dan memilih menu untuk jamuan tersebut.

Perkongsian tentang maklum balas pelanggan hendaklah dilakukan pada setiap hari. Hanya rekodkan 30 saat video atau dapatkan maklum balas melalui pesanan ringkas atau melalui Whatsapp. 

Dapatkan maklumat yang jelas akan kenapa mereka setia membeli kebab dari anda. Pasti ada sebuah kisah di sebalik transaksi belian kebab yang mereka lakukan.

Kongsikan kisah mereka bersama pengikut di laman sosial anda. Untuk capaian tinggi dan dilihat oleh lebih ramai orang, anda boleh kongsikan ke dalam kumpulan di sesebuah laman sosial atau media pemasaran yang berkenaan. Namun, pastikan anda sudah meminta izin dari pihak yang berkenaan sebelum anda kongsikan kisah mereka kepada umum.

Konten yang lain yang boleh anda paparkan di media pemasaran ialah ‘Live broadcast’ atau siaran langsung. Siaran langsung ini boleh mengandungi maklum balas pelanggan dan aktiviti di belakang tabir. 

Anda juga boleh menyiarkan siaran langsung ini mengikut jadual yang telah ditetapkan atau pada bila-bila masa sekiranya anda mempunyai acara yang berkaitan.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...