Skip to main content

7 TIPS MEMILIH LOKASI PERNIAGAAN KEBAB


Terdapat beberapa faktor dalam pemilihan lokasi perniagaan bagi usahawan kebab. Faktor-faktor ini harus diambil kira bagi memberikan kelancaran kepada operasi perniagaan kebab anda


1. Trafik

Pemilihan lokasi berdasarkan trafik pengunjung adalah penting sekiranya usahawan kebab memulakan perniagaan kebab dengan gerai atau premis. Trafik pengunjung boleh ditentukan melalui kajian penduduk di kawasan sekitar gerai atau premis tersebut.


2. Jenis Tapak perniagaan dan Kos Operasi

a) Premis

Terdapat beberapa pilihan premis perniagaan yang boleh dijadikan pilihan untuk memulakan perniagaan kebab. Berikut merupakan beberapa pilihan lokasi untuk premis kebab:

i.   Shop Lot di kompleks perniagaan/ pejabat
ii.  Shop Lot di dalam kompleks beli-belah

Perniagaan yang mempunyai premis secara tidak langsung akan mempunyai kos operasi yang lebih tinggi berbanding dengan gerai atau secara online. Faktor ini harus diberi pertimbangan yang jelas oleh para usahawan kebab. 

b) Gerai

Terdapat beberapa lokasi yang boleh diberi pertimbangan untuk meletakkan gerai kebab anda. Berikut merupakan beberapa pilihan lokasi untuk gerai kebab:

i.   Pasar malam/ Pasar tani

Mempunyai gerai melalui pasar malam atau pasar tani merupakan model perniagaan secara mudah alih dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Alat pengangkutan untuk pengalihan barang-barang perniagaan merupakan faktor utama yang perlu diambil kira dalam jenis perniagaan ini.

ii.  Menyewa sebahagian premis (Café/ Restoran/ Foodcourt di Hospital/ Foodcourt di Hab transportasi)

Mempunyai sebahagian premis akan mengurangkan kos operasi berbanding dengan penyewaan keseluruhan premis. Perbincangan boleh dilakukan bersama pemilik premis utama bagi mendapatkan keuntungan bagi kedua-dua belah pihak.

iii. Bahu jalan

Lokasi di bahu jalan merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk berniaga makanan. Namun, lokasi ini harus mendapat persetujuan dari Majlis Perbandaran Daerah supaya anda boleh berniaga dengan aman. Kelulusan untuk berniaga di tapak terbuka akan melalui beberapa proses fasa permohonan. Trafik pengunjung adalah berbeza mengikut kawasan.

iv.  Di hadapan ‘convenient store’ seperti 7-Eleven atau KK Speedmart

Lokasi ini termasuk dalam kategori bahu jalan dan perlu mendapat kelulusan dari Majlis Perbandaran Daerah untuk lessen tapak perniagaan. Trafik pengunjung bergantung kepada kawasan. Kebiasaannya ‘convenient store’ ini dikunjungi setelah lewat malam. Faktor waktu operasi perniagaan dan keselamatan harus diambil kira oleh usahawan kebab.


4. Persaingan

Kenalpasti perniagaan lain yang berada berhampiran lokasi anda samada mereka merupakan pelengkap atau pesaing kepada produk yang dijual oleh anda. Dengan membuat kajian pesaing, anda akan menjadi jelas tentang perancangan perniagaan dan pemasaran anda.


5. Peraturan perniagaan

Dapatkan penjelasan dan kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Majlis Perbandaran Daerah untuk proses mendapatkan kelulusan tapak perniagaan untuk memastikan kelancaran perniagaan anda.


6. Keselamatan

Ini merupakan faktor yang penting dalam pemilihan lokasi terutama jika anda berniaga pada waktu malam. Lokasi yang terang dan laluan trafik yang tinggi akan mengurangkan risiko jenayah di kawasan tapak perniagaan anda.


7. Keperluan kemudahan

Terdapat beberapa keperluan yang diperlukan peniaga seperti bekalan elektrik sekiranya waktu operasi perniagaan adalah pada waktu malam dan juga bekalan air bersih. Operasi perniagaan akan menjadi lebih mudah dengan merancang dan mengetahui tentang perkara ini dengan lebih awal.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

KENAPA JUALAN TAK LAKU?

Sebelum u olls mengeluh bila jualan tak laku, ada beberapa perkara yang u olls kena semak dulu. Antaranya ialah: ✅  Dah berapa orang tau tentang produk kebab yang u olls tawarkan? ✅  Produk kebab yang u olls tawarkan sesuai ke dengan kemahuan pelanggan? ✅  Apakah tawaran terbaik yang u olls boleh beri kepada pelanggan? "Macam mana nak tau semua tu???" Ha tu lah, min kata kalau tak tau belajar dulu, u olls takmau dengar. Pastu bila tak laku u olls salahkan kebab yang tak bersalah tu. Pastu tukar ke perniagaan lain pulak. Asas berniaga dan menjual sama je u olls. Kalau u olls tak faham asas perniagaan ni, tukarlah perniagaan 10 kali pun , masalah yang sama jugak u olls akan hadapi. Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga da...