Skip to main content

5 CARA GUNA FB UNTUK PERNIAGAAN KEBAB

Nak mulakan pemasaran menggunakan platform FB tapi masih tak tau macam mana nak jalankannya? Berikut merupakan beberapa cara untuk anda gunakan dalam pemasaran FB. Selamat membaca dan terus cuba ya!

1. FB Page

Mulakan dengan membuat FB Page untuk perniagaan anda.  Anda boleh kongsikan servis dan produk yang anda tawarkan selain dari aktiviti harian yang anda jalankan. Selain daripada itu, anda boleh juga berkongsi testimoni pelanggan anda. Jangan lupa untuk minta kebenaran dahulu dari pelanggan untuk perkongsian yang akan anda paparkan di halaman FB anda. Untuk membina engagement yang lebih tinggi bersama pelanggan, anda boleh minta mereka mengambil bahagian dalam contest yang anda anjurkan. Penganjuran contest adalah salah satu cara untuk mendapatkan lebih hebahan daripada pelanggan anda sendiri kepada lebih ramai orang; keluarga dan teman mereka tentang perniagaan anda. Kos yang rendah dan hebahan yang lebih luas. Menarik dan nak cuba?

2. FB Ads

FB Ads merupakan iklan berbayar melalui FB. Selain dari posting tidak berbayar secara konsisten di FB Page, FB Ads merupakan hebahan yang pantas dan memperoleh hasil yang lumayan sekiranya dilakukan dengan betul. Tekniknya bukan asal klik je tanpa mengetahui sasaran audiens yang tepat. Nak memperoleh audiens yang tepat juga memerlukan masa dan kaji selidik yang teliti. Apabila FB Ads disasarkan kepada audiens yang tepat, jualan perniagaan dan brand awareness dapat ditingkatkan.

3. FB Live

Antara yang terkini di dalam FB, FB Live mendapat liputan yang meluas melalui tetapan yang telah diaturkan oleh pihak FB. Cara yang paling mudah adalah dengan bersiaran langsung semasa anda menjalankan aktiviti anda melalui FB Live. Sentiasa update pelanggan dengan konsisten sama ada aktiviti harian mahupun promosi yang sedang dijalankan.Berniaga merupakan transaksi yang melibatkan hubungan manusia dengan manusia. Manusia suka tengok manusia. Manusia suka cerita jadi berceritalah tentang anda, orang-orang di sekeliling anda dan perniagaan anda.

4. FB Review

Terdapat satu bahagian ‘Reviews’ yang bertujuan untuk pelanggan anda meletakkan komen selepas mendapatkan produk dan servis anda. Ramai peniaga yang risau untuk meletakkan ruang bagi pelanggan memberi maklum balas selepas mereka mendapatkan produk yang ditawarkan. Mereka risau sekiranya terdapat komen negatif yang akan menjejaskan persepsi pelanggan lain terhadap mereka. Sebenarnya maklum balas pelanggan adalah amat penting dalam membina kepercayaan dan kredibiliti perniagaan anda. Daripada maklum balas pelanggan anda dapat tambah baik perniagaan anda. Seorang usahawan harus belajar untuk mengurus ragam pelanggan demi untuk melakukan perubahan dan menambah baik perniagaan dari semasa ke semasa.

5. FB Group


Tawaran iklan melalui FB Group merupakan cara yang paling banyak dilakukan oleh pemilik perniagaan makanan. Anda boleh bermula dengan menyertai FB Group yang mempunyai kaitan dengan perniagaan kebab anda. FB Group yang berkaitan juga haruslah mempunyai ahli yang berada di kawasan berhampiran untuk mudah mereka mendapatkan produk kebab yang ditawarkan. Anda juga boleh tawarkan khidmat penghantaran sekiranya ada pekerja yang mencukupi atau anda boleh upah atau beri komisen kepada runner untuk melakukan tugas ini. Anda disarankan untuk membuat promosi berkala untuk ditawarkan di dalam FB Group tersebut sebagai langkah untuk menarik perhatian mereka. Promosi bukan bermaksud anda harus merendahkan harga. Tawarkan voucher untuk pembelian berikutnya atau tawarkan satu hidangan percuma dengan setiap 10 kali pembelian. Kaji kos dan rancang promosi yang hendak ditawarkan.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

7 CARA UBAH RASA TAKUT KEPADA KEJAYAAN

Rasa takut merupakan perasaan yang normal bagi seseorang manusia yang mempunyai emosi . Acapkali ketakutan ini adalah disebabkan oleh pengalaman lampau yang tidak menyenangkan . Masalah lampau yang tidak berakhir dengan baik atau pun persepsi negatif terhadap informasi yang diterima akan mewujudkan kesan trauma dan takut dalam diri . Adakah rasa takut harus dihilangkan dan dianggap suatu perasaan yang negatif ? Tidak . Rasa takut yang diurus dengan baik boleh memberi motivasi dalam hidup anda untuk membina kejayaan di masa akan datang .  Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk anda uruskan perasaan takut yang bersarang dalam diri anda . Penafian rasa takut dalam diri hanya akan menyebabkan anda bertambah gelisah dan runsing . Langkah pertama dalam menguruskan rasa takut adalah dengan menerima rasa takut tersebut . Kadangkala rasa takut akan menyelamatkan diri anda ...

BARU BUAT BEBERAPA KALI DAH RASA NAK BERPUTUS ASA?

Fikirkan sekali lagi keputusan u olls tu. Min faham kadang-kadang rasa down sangat bila orang pertikaikan keadaan perniagaan kita yang belum nampak hasil yang diimpikan sedangkan dah pelbagai cara yang dilakukan. Apa nak buat bila rasa camni? 1. ANALISIS STRATEGI YANG DIGUNAKAN Adakah strategi tersebut memberi pulangan ke atas modal pemasaran yang dikeluarkan? Jika tidak, kenalpasti adakah TAWARAN yang diberikan bersesuaian dengan sasaran pelanggan yang anda sasarkan. Seterusnya ialah: 2. KONSISTEN MENERUSKAN STRATEGI TERSEBUT Jangan mudah bertukar platform pemasaran. Sebagai contoh u olls nak gunakan media atas talian (online) untuk membuat hebahan. Gunakan strategi di atas platform yang sama untuk sekurang-kurangnya 6 bulan sehingga setahun. Ini adalah kerana MASA diperlukan untuk prospek mempercayai u olls. U olls mesti dah tahu kejayaan sesebuah perniagaan tidak berlaku dalam SATU MALAM. Ia memerlukan proses kegagalan (atau min lebih s...