Skip to main content

5 JENIS PEMASARAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH USAHAWAN MADINA KEBAB



Ramai yang mengeluh rasa penat menjalankan perniagaan yang tidak memberikan imbalan yang berbaloi. Antara kesilapan berniaga adalah dengan tidak merancang pelan pemasaran yang strategik. Apabila tiada pelan pemasaran yang strategik bagaimana mahu tarik pelanggan masuk ke corong jualan. Betul ke betul?

Berikut merupakan beberapa jenis pemasaran yang boleh dilakukan usahawan kebab pada peringkat awal perniagaan. Wajib buat ye kalau anda inginkan hasil yang berbaloi dalam perniagaan yang dijalankan.

1. Facebook (FB)

FB merupakan trend terkini di mana hampir 20 juta penduduk Malaysia dilaporkan mengunjungi laman sesawang ini. Tetapi adakah dengan mendaftar akaun dan halaman FB, perniagaan anda sudah pun dikira sebagai mengaktifan halaman FB anda? Terdapat pelbagai teknik yang harus diaplikasikan usahawan kebab agar penggunaan laman sesawang FB dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sebahagian dari teknik tersebut akan dikongsikan di dalam Madina Kebab Apprentice Program nanti.

2. Instagram

a) Bina strategi kreatif, kumpulkan gambar dan video tentang perniagaan anda serta aktiviti yang dijalankan
b)Penggunaan hashtag yang berkesan 
c) Rancang berapa kerap nak post gambar dan aktiviti perniagaan 
d) Beri perhatian kepada followers; anda boleh cuba untuk jalankan contest untuk bina engagement

3. YouTube

Anda boleh rakamkan review/ testimoni pelanggan anda dan masukkan ke dalam YouTube. Bina kepercayaan dan kredibiliti untuk prospek lain berurus niaga dengan anda.

4. Flyers & Voucher

Pernah cuba bagi flyers tapi tak menjadi? Orang ambil tengok sesaat dan kemudian buang? Di mana silapnya? Begini, pengedaran flyers bukan hanya bertujuan untuk menonjolkan apa yang kita tawarkan tetapi juga haruslah memberi manfaat kepada bakal pelanggan. Anda boleh reka flyers yang mempunyai calendar tarikh-tarikh penting atau anda boleh reka flyers dengan voucher untuk ditebus oleh pelanggan anda. Menarik?

5. Banner/ Bunting

Untuk usahawan yang baru nak bermula, anda boleh mula war-warkan pembukaan perniagaan anda seawal satu bulan dari tarikh pembukaan. Paling lewat 2 minggu dah pastikan banner dan bunting digantung di kawasan sekitar lokasi periagaan anda. Kawasan yang macam mana? Anda boleh fokus untuk gantungkan di kawasan tumpuan yang ramai orang seperti masjid atau pasar. Pemberitahuan pembukaan perniagaan anda di banner dan bunting ini haruslah mempunyai tawaran hebat untuk menjadi tarikan yang tak mampu ditepis oleh bakal pelanggan anda. Promosi yang kreatif akan membuatkan orang ramai lebih tertanya-tanya dan hadir semasa hari pembukaan perniagaa anda! Tak percaya? Cubalah!

Comments

Popular posts from this blog

7 CARA UBAH RASA TAKUT KEPADA KEJAYAAN

Rasa takut merupakan perasaan yang normal bagi seseorang manusia yang mempunyai emosi . Acapkali ketakutan ini adalah disebabkan oleh pengalaman lampau yang tidak menyenangkan . Masalah lampau yang tidak berakhir dengan baik atau pun persepsi negatif terhadap informasi yang diterima akan mewujudkan kesan trauma dan takut dalam diri . Adakah rasa takut harus dihilangkan dan dianggap suatu perasaan yang negatif ? Tidak . Rasa takut yang diurus dengan baik boleh memberi motivasi dalam hidup anda untuk membina kejayaan di masa akan datang .  Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk anda uruskan perasaan takut yang bersarang dalam diri anda . Penafian rasa takut dalam diri hanya akan menyebabkan anda bertambah gelisah dan runsing . Langkah pertama dalam menguruskan rasa takut adalah dengan menerima rasa takut tersebut . Kadangkala rasa takut akan menyelamatkan diri anda ...

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...