Skip to main content

7 KESILAPAN USAHAWAN KEBAB


Anda punya impian untuk memiliki perniagaan kebab dan sudah serius untuk memulakan perniagaan anda sendiri. Pastikan anda TIDAK melakukan kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemula perniagaan yang lain.

1. Tidak merancang dan melakukan aktiviti pemasaran dengan konsisten
Ramai peniaga kebab beranggapan mereka tidak perlu melakukan aktiviti pemasaran kerana sudah mempunyai lokasi dan berharap orang yang lalu-lalang di sekitar lokasi mereka akan datang dan membeli. Namun atas beberapa faktor seperti persaingan perniagaan yang semakin sengit, dan inovasi produk dan servis menjadikan aktiviti pemasaran wajib dilakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang membeli dan meningkatkan jualan perniagaan. Dengan kecanggihan teknologi sekarang aktiviti pemasaran dapat dilakukan dengan lebih mudah, cepat dan mempunyai kos yang lebih rendah berbanding aktiviti pemasaran konvensional yang lain. Justeru peluang ini harus digunakan dengan sebaik-baiknya bagi memperkenalkan perniagaan anda dengan lebih cepat.

2. Tidak membina hubungan berterusan secara sistematik bersama pelanggan
Hubungan yang berterusan bersama pelanggan adalah amat penting untuk memastikan kelestarian perniagaan kebab anda. Melalui hubungan berterusan yang dijaga baik maka ‘words of mouth marketing’ akan berlaku. Ianya akan menjadi lebih dari sekadar perniagaan tetapi hubungan sosial sesama insan. Hubungan yang berterusan secara sistematik ini dapat dibina dengan adanya platform pemasaran media sosial. Penganjuran pertandingan dan aktiviti secara konsisten akan membuat hubungan ini akan terbina dari masa ke semasa.

3. Tidak melakukan analisis secara konsisten utk penambahbaikan perniagaan
Analisis keadaan perniagaan semasa amat penting untuk dilakukan agar para peniaga dapat mengambil tindakan yang betul untuk penambahbaikan dengan pantas. Ketiadaan aktiviti ini pada setiap bulan akan menjadikan kesilapan semasa menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan terlalu lama.

4. Melakukansendiri semua aktiviti perniagaan
Ramai yang beranggapan seorang peniaga perlu melakukan semua aktiviti perniagaan secara bersendirian. Keadaan ini akan menyebabkab peniaga berasa amat penat dan mula berasa bosan untuk menjalankan perniagaan. Perancangan perniagaan harus dilakukan untuk pembahagian tugas agar perkara seperti ini tidak berlaku.

5. Bermula dengan modal yang besar
Permulaan modal yang besar tanpa ilmu dan perancangan yang rapi meletakkan peniaga dalam risiko yang tinggi dan tertekan yang pada asalnya boleh dielakkan. Keadaan bertambah bahaya sekiranya modal yang besar ini diperolehi melalui pinjaman. Program Apprentice Madina Kebab menyediakan platform perniagaan yang membolehkan perniagaan dijalankan pada modal yang rendah.

6. Tidak merekod transaksi jualan
Ketiadaan rekod jualan harian akan menyebabkan kebocoran wang yang tidak disedari peniaga. Hasilnya wang banyak masuk tetapi banyak juga yang keluar dan hilang. Mulakan dengan membeli buku nota dan lejar untuk merekod transaksi jualan dan belian harian.

7. Mencampurkan duit peribadi dan duit perniagaan

Duit peribadi dan perniagaan harus diasingkan untuk mengelakkan berlaku kehilangan wang tanpa sedar oleh para peniaga. Anda boleh bermula dengan merekod dan memasukkan wang juala ke dalam bank secara konsisten setiap hari. Sediakan ‘petty cash’ untuk pengeluaran modal dan keperluan pernigaan yang lain. Praktik perniagaan ini akan membuatkan sistem pengurusan kewangan menjadi lebih lancar, kemas dan sistematik serta akan memperoleh kebaikan untuk tujuan pelaburan pada masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...