Skip to main content

7 MINDSET SEORANG USAHAWAN KEBAB



Keusahawanan merupakan sebuah set kemahiran yang harus dimiliki bagi setiap individu yang berkecimpung dalam dunia perniagaan. Apakah mindset yang diperlukan oleh seorang usahawan untuk terus bergerak dan berjuang dalam bidang ini?

1. SEMANGAT

Memilih jenis perniagaan yang mempunyai kekuatan dan diperlukan oleh pasaran adalah penting dalam permulaan sebuah perniagaan. Namun, pemilihan berdasarkan minat akan menimbulkan semangat yang berterusan untuk mengendalikan perniagaan yang akan diisi dengan cabaran, dan cara terbaik untuk mengatasi cabaran adalah melakukan sesuatu yang benar-benar disukai dan memberikan makna dan tujuan dalam kehidupan usahawan tersebut. Dengan mengetahui ‘KENAPA’ kita melakukan sesuatu perkara lebih penting daripada mengetahui ‘APA’ dan ‘BAGAIMANA’ untuk melakukannya. Menghidupkan semangat melakukan sesuatu yang diminati dan disukai akan memberikan makna, tujuan serta jawapan kepada ‘KENAPA SAYA MELAKUKAN INI?’

2. FOKUS

Menjalankan perniagaan memerlukan fokus yang konsisten untuk memastikan sesebuah perniagaan dapat dijalankan dengan baik. Fokus bermula dengan perancangan perniagaan yang jelas di mana meliputi aspek operasi perniagaan, pemasaran dan jualan, sumber manusia dan pengurusan kewangan. Sekiranya ada masih berkerja anda masih boleh menjalankan perniagaan dengan syarat ada kakitangan yang menjaga kesemua aspek yang dinyatakan. Fokus terhadap satu jenis perniagaan dan lakukan usaha yang maksima untuk menghasilkan kejayaan yang maksima. Jangan cepat untuk berputus asa dan bertukar jenis perniagaan. Tindakan sebegini hanya akan membuatkan wang anda hangus lebih banyak tanpa hasil yang jelas.

3. OPTIMIS DAN POSITIF

Usahawan perlu sentiasa mempunyai minda yang optimis dan positif walau dalam apa jua keadaan. Mempunyai minda yang optimis dan positif bukan bermaksud anda tidak boleh merasa sedih, ‘down’ atau tertekan. Namun ia adalah suatu cara berfikir untuk mengurus perubahan emosi dan cabaran semasa yang berlaku dalam dunia perniagaan anda. Usahawan perlu fokus untuk sentiasa berfikir untuk menyelesaikan masalah dan berhenti untuk mengamalkan sikap sentiasa menyalahkan orang lain.

4. SYUKUR SELALU

Optimis dan positif penting namun jangan sampai anda hilang rasa syukur dengan apa yang anda telah miliki sekarang. Kebanyakan usahawan yang berjaya memberi fokus dan perhatian kepada pencapaian yang telah mereka gapai dan berfikir untuk membuat ia menjadi lebih besar. Usahawan yang berjaya ini akan meluangkan masa untuk mengekspresikan rasa syukur atas segala yang mereka miliki. Mereka menganggap segala cabaran yang mereka alami memberi pengalaman baru serta pelajaran baru dalam hidup mereka. Satu peringatan untuk usahawan kebab untuk tidak membandingkan pencapaian diri sendiri dengan orang lain. Setiap orang mempunyai kisah perjalanan hidup yang berbeza. Setiap rezeki dan ujian adalah berbeza untuk setiap orang. Bandingkan diri anda yang sekarang dengan yang dahulu. Pasti ada peningkatan atau ‘progress’ yang berlaku setiap hari. Anda mahu ia berlaku dengan lebih lambat atau pantas akan bergantung kepada tindakan yang anda lakukan.

5. BERTANGGUNGJAWAB

Sikap bertanggungjawab wajib ada dalam diri setiap usahawan kebab. Apabila anda mengambil keputusan untuk mula berniaga, ada beberapa tanggungjawab yang anda perlu laksanakan. Antaranya adalah tanggungjawab terhadap Sang Pencipta, tanggungjawab terhadap diri sendiri, tanggungjawab terhadap keluarga, tanggungjawab terhadap pelanggan dan pembekal perniagaan, dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Jika berhadapan dengan apa jua permasalahan, berhenti menyalahkan orang lain di sekililing anda dan fokus untuk segera selesaikan masalah tersebut. Cari punca permasalahan dan tambah baik proses tersebut untuk mengelakkan permasalahan yang sama berlaku lagi di kemudian hari.

6. HIDUP UNTUK MEMBERI

Bila dah berniaga dan memperolehi keuntungan jangan lupa untuk memberi sebahagian dari hasil tersebut kepada yang lebih memerlukan. Semakin banyak kita memberi semakin banyak yang akan kembali kepada kita. Bagi yang beragama Islam, sedekah merupakan pelaburan paling bermanfaat untuk kehidupan selepas dunia ini betul ke betul? Dengan memberi hati anda akan menjadi lebih tenang dan bahagia. Di sinilah makna dan tujuan sebenar kehidupan. Rezeki juga insyaAllah akan lebih diberkati.

7. PANTAS BERTINDAK

Usahawan yang berjaya sedar mereka tidak mampu untuk mengubah sesuatu yang telah berlaku dan mereka juga tidak boleh memberi tilikan yang tepat tentang apa yang akan berlaku di kemudian hari. Namun mereka boleh melakukan tindakan untuk masa sekarang sebagai usaha untuk menjadikan hari esok lebih baik untuk mereka. Jangan keliru di antara menjadi sibuk dan produktif. Menjadi produktif tidak semestinya anda berada dalam kesibukan sepanjang waktu tetapi anda mempunyai perancangan serta matlamat yang jelas untuk dicapai. Jalani usaha-usaha kecil anda setiap hari dengan tindakan yang pantas untuk capai matlamat yang anda dah tetapkan. Usahawan juga tidak boleh menunggu sesuatu sehingga sempurna sebelum melakukan tindakan. Mulakan hari ini dan perbetulkan ia dari semasa ke semasa. Mulakan langkah kecil untuk cipta langkah yang lebih besar.


Kami dari Team Madina Kebab mendoakan anda diberi kemudahan dalam setiap urusan dan berjaya untuk memulakan sesuatu yang lebih baik untuk hidup anda hari ini.

"What is harming you at the present moment? Nothing. Just Your MIND"


Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

KENAPA JUALAN TAK LAKU?

Sebelum u olls mengeluh bila jualan tak laku, ada beberapa perkara yang u olls kena semak dulu. Antaranya ialah: ✅  Dah berapa orang tau tentang produk kebab yang u olls tawarkan? ✅  Produk kebab yang u olls tawarkan sesuai ke dengan kemahuan pelanggan? ✅  Apakah tawaran terbaik yang u olls boleh beri kepada pelanggan? "Macam mana nak tau semua tu???" Ha tu lah, min kata kalau tak tau belajar dulu, u olls takmau dengar. Pastu bila tak laku u olls salahkan kebab yang tak bersalah tu. Pastu tukar ke perniagaan lain pulak. Asas berniaga dan menjual sama je u olls. Kalau u olls tak faham asas perniagaan ni, tukarlah perniagaan 10 kali pun , masalah yang sama jugak u olls akan hadapi. Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga da...