Skip to main content

BAGAIMANA ANDA CAPAI APA YANG ANDA INGINKAN?



Anda nak sangat sesuatu perubahan yang lebih baik berlaku dalam hidup anda tapi anda masih tidak pasti dengan apa yang hendak anda lakukan. Rasa ketidakpastian membuat anda rasa gelisah kerana anda belum jelas dengan apa yang anda betul-betul inginkan dan harus lakukan.

Berikut merupakan tips yang dikongsikan oleh pakar pembangunan bisnes dan manusia tentang bagaimana anda boleh mulakan perubahan dalam hidup anda hanya dengan membina matlamat. Ya, hanya dengan bayangkan impian anda dan jadikan ia sebagai matlamat dalam hidup anda.
 
1. KENALPASTI DENGAN SPESIFIK

Anda harus kenal pasti dengan spesifik apakah yang anda ingin tambah baik dalam hidup anda. Hampir semua yang memulakan perniagaan kebab ingin menambah baik kehidupan dari aspek kewangan agar mereka dapat memberi lebih keselesaan kepada keluarga mereka. Melalui aspek kewangan yang lebih baik mereka dapat memberikan waktu yang lebih berkualiti apabila mereka berada dalam satu fasa perniagaan tertentu.

2. TETAPKAN MATLAMAT

Kenapa anda mesti tetapkan matlamat? Matlamat merupakan alat bagi anda  menentukan hala tuju kehidupan anda.  Kajian menunjukkan sekumpulan pelajar yang mempunyai matlamat bertulis serta bagaimana untuk mereka mencapainya  menunjukkan mereka mempunyai hidup yang lebih bahagia dan mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik berbanding sekumpulan pelajar yang tidak menetapkan matlamat mereka seusai mereka menamatkan pengajian mereka.  Tetapkan matlamat yang mempunyai makna dan memberi perbezaan dalam hidup anda. Matlamat yang bermakna akan memacu emosi untuk anda bergerak ke hadapan lebih maju selangkah demi selangkah.

Bagaimana nak tetapkan matlamat anda?

i. Tulis Matlamat Anda

Mulakan dengan menulis matlamat di atas kertas secara spesifik apa yang anda inginkan berserta dengan tarikh tamat untuk anda capai ia. Dengan menulis matlamat, anda merupakan pencipta untuk matlamat yang anda kehendaki. Dan matlamat yang ditulis merupakan sesuatu yang belum dicapai. Apabila minda mengenalpasti keadaan anda yang sekarang tidak sama dengan apa yang anda inginkan, ia akan menghasilkan rasa tidak puas hati dengan keadaan anda yang sekarang. Perasaan tidak puas hati ini akan membuatkan anda mula berfikir dan menghasilkan cara bagaimana untuk mengatasi cabaran ini. Anda seterusnya akan bertindak untuk merealisasikan matlamat anda dan InsyaAllah mencapainya sebelum tarikh tamat untuk matlamat tersebut tiba.

ii. Jelas dengan KENAPA anda lakukan perubahan dalam hidup anda

Persoalan KENAPA harus dipertanyakan setiap hari sehingga anda jelas dengan TUJUAN anda ingin mencapai matlamat yang anda kehendaki. Tulis dengan jelas tentang apakah yang anda rasakan dengan mencapai matlamat yang anda inginkan. Apakah erti yang akan matlamat anda capai beri dalam hidup anda? Bagaimana matlamat yang anda capai akan mengubah hidup anda?

Setelah anda jelas dengan ‘KENAPA’, anda akan turut jelas dengan TUJUAN anda. Dan tujuan untuk mencapai sesuatu adalah lebih memberikan kuasa tindakan berbanding hasil yang akan anda dapatkan. Tujuan untuk sesuatu matlamat bukanlah hasil dari matlamat tersebut, tetapi hasil akhir yang akan membentuk anda menjadi manusia yang anda inginkan. Mengenalpasti TUJUAN akan membuatkan anda sangat FOKUS dan membantu anda melalui masa sukar dalam proses anda mencapai matlamat anda.
Pada akhirnya bukan objek berbentuk material atau jawatan besar yang akan buat anda berasa bahagia, sebaliknya pembentukan jatidiri dan apakah yang anda dah beri dalam kehidupan anda.

iii. Yakin dan Jelas dengan Matlamat

Sekiranya anda masih belum tahu bagaimana anda dapat mencapai matlamat yang anda tulis, TIDAK MENGAPA! Apa yang penting anda harus PERCAYA dan YAKIN dengan matlamat yang anda tulis akan anda capai dalam jangka waktu yang telah anda tetapkan. Dengan kepercayaan dan keyakinan ini, ia merupakan asas untuk anda mengawal kehidupan anda, untuk tetap berasa yakin anda mampu untuk melalui waktu-waktu sukar walaupun kadangkala anda tidak mampu untuk mengubah cabaran yang berada di luar kawalan anda sepanjang proses mencapai matlamat anda ini berlaku.
Ramai yang cepat berputus asa apabila mereka hanya fokus pada hasil semata-mata hanya kerana “Saya tidak tahu bagaimana untuk melakukan itu!”. Bagaimana jika anda tidak perlu tahu bagaimana untuk anda menyelesaikan cabaran itu tetapi mulakan dengan kepercayaan anda mampu untuk mencari jalan untuk menyelesaikan cabaran tersebut! Bayangkan bagaimana kepercayaan atas kepastian anda mampu untuk mengubah hidup anda sekarang ini?

iv. LAKUKAN DAN ULANG!

Untuk mencapai matlamat anda, anda harus sentiasa FOKUS dan ULANG tindakan anda. Sentiasa lakukan tindakan, nilai dan laras semula untuk dapatkan hasil sesuai dengan matlamat yang telah anda tetapkan. Ingat, tindakan yang konsisten dan fokus yang berterusan akan memberi impak dalam perubahan hidup anda secara keseluruhan!

"Dream Big. Work Hard. Stay Focused. Surround yourself with Good People."
You Can Do This!




Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

KENAPA JUALAN TAK LAKU?

Sebelum u olls mengeluh bila jualan tak laku, ada beberapa perkara yang u olls kena semak dulu. Antaranya ialah: ✅  Dah berapa orang tau tentang produk kebab yang u olls tawarkan? ✅  Produk kebab yang u olls tawarkan sesuai ke dengan kemahuan pelanggan? ✅  Apakah tawaran terbaik yang u olls boleh beri kepada pelanggan? "Macam mana nak tau semua tu???" Ha tu lah, min kata kalau tak tau belajar dulu, u olls takmau dengar. Pastu bila tak laku u olls salahkan kebab yang tak bersalah tu. Pastu tukar ke perniagaan lain pulak. Asas berniaga dan menjual sama je u olls. Kalau u olls tak faham asas perniagaan ni, tukarlah perniagaan 10 kali pun , masalah yang sama jugak u olls akan hadapi. Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga da...