Skip to main content

BAGAIMANA NAK CARI PELANGGAN KEBAB ANDA?


Selain memastikan kesetiaan pelanggan sedia ada, pencarian pelanggan baru harus dilakukan secara konsisten kerana persaingan yang sengit didalam pasaran akan sentiasa memberikan pelbagai pilihan kepada pelanggan. Justeru penambahan pelanggan baru akan membolehkan perniagaan anda berkembang dari semasa ke semasa.



Bukan semua orang yang bertanya tentang perniagaan anda akan terus membeli. Anda harus kenal pasti siapakah sasaran pelanggan anda dan di manakah mereka berada. Sedikit kajian harus dijalankan untuk mengenalpasti ‘top buyer’ anda. Antara kriteria mereka termasuklah data demografik (jantina, umur, lokasi, tahap pendapatan), psikografik (minat dan kelakuan) serta data sosiografik mereka. Kajian ini akan menentukan cara anda mempromosikan kebab yang anda tawarkan kepada mereka.



Setelah mengenalpasti kriteria pelanggan anda, seterusnya anda harus mengenalpasti di manakah pelanggan yang anda sasarkan berada. Melalui kemajuan teknologi yang ada sekarang, anda boleh menggunakan media sosial seperti FB untuk mewar-warkan menu kebab dan perniagaan kebab anda kepada mereka.


Jangan lupa untuk beri promosi berkala kepada pelanggan anda. Anda boleh jalankan promosi ini sempena hari pembukaan perniagaan atau hari keraian semasa. Pelanggan akan berasa dihargai dengan promosi yang anda berikan dan akan membuat 'words of mouth marketing' kepada keluarga dan kenalan mereka.


Perkhidmatan pelanggan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya anda menjaga perhubungan bersama pelanggan anda. Seperti yang telah kami kongsikan di artikel sebelum ini (http://madinakebabmy.blogspot.my/2017/08/5-cara-bina-hubungan-dengan-pelanggan.html), perhubungan dengan pelanggan dapat dilakukan melalui interaksi media sosial dan platform perhubungan yang lain (WhatsApp, Telegram Group).


Selain dari promosi berkala yang berterusan, anda boleh sediakan ganjaran bagi setiap pengenal atau rujukan yang pelanggan anda berikan. Anda boleh tawarkan pakej kebab catering di mana pelanggan anda akan membeli dalam kuantiti yang lebih banyak dari biasa. Setiap rujukan yang diberi akan diberikan komisen. Ini akan menggalakkan pengenal untuk memberikan lebih banyak rujukan perniagaan kepada anda.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...