Skip to main content

5 MODAL PENTING DALAM MEMBINA BISNES KEBAB



1. WANG

Wang masih diperlukan dalam memulakan perniagaan kebab anda. Wang akan digunakan untuk membeli modal barangan dan bahan mentah pertama dalam memulakan perniagaan. Namun penggunaan wang dalam memulakan perniagaan kebab yang ditawarkan dalam program niaga kebab (Madina Apprentice Program) masih berada dalam kategori modal paling minima sekiranya dibandingkan dengan perniagaan berbentuk premis yang lain.
Namun modal wang bukan perkara utama dalam menentukan kejayaan bisnes kebab anda. Terdapat beberapa faktor penting lain yang perlu diberi perhatian dan dititikberatkan oleh pemula peniaga kebab.

2. ILMU

Tanpa bekalan ilmu, bekalan wang semata-mata belum tentu akan menjamin kejayaan sesebuah perniagaan tersebut. Bekalan ilmu sangat diperlukan terutamanya bagi pemula peniaga kebab. Terdapat beberapa ilmu penting yang harus menjadi bekalan peniaga kebab. Antara yang terpenting adalah ilmu pemasaran dan ilmu pengurusan perniagaan. Justeru program niaga kebab di dalam Madina Apprentice Program diadakan bagi membantu pemula usahawan kebab untuk memulakan perniagaan kebab mereka secara berstruktur dan bersistem.

3. SEMANGAT

Kesungguhan dan semangat untuk menjalankan bisnes harus sentiasa dipupuk di dalam diri usahawan kebab. Ini sangat penting terutamanya ketika anda berhadapan dengan perkara-perkara sulit di dalam proses perniagaan anda. Selain itu, semangat berniaga akan memberi inovasi yang lebih baik di dalam perniagaan anda. Semangat ini harus datang dari diri seseorang usahawan tersebut tanpa mengharapkan kehadiran sokongan dari orang lain kerana orang lain di sekitar anda boleh datang dan pergi pada bila-bila masa.

4. YAKIN

Pemula usahawan kebab harus mempunyai sikap yakin terhadap diri sendiri untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Keyakinan terhadap diri sendiri boleh dibina dengan menimba ilmu secara konsisten dan memulakan tindakan secara konsisten setiap hari.

5. IMPIAN

Impian akan memberikan motivasi dan semangat untuk diri sendiri membina masa depan diri sendiri dan juga perniagaan. Bermula dengan impian yang besar, anda akan memulakan tindakan yang pertama untuk mencapai impian anda.

Komitmen untuk mencapai impian anda sangat penting untuk memastikan anda sentiasa berada di jalan kejayaan anda.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...