Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

TIPS PASTIKAN MATLAMAT TERCAPAI

Setelah anda mengenalpasti apakah matlamat yang ingin anda capai, kini anda harus mengetahui bagaimana untuk memastikan matlamat anda tercapai. Berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba untuk disenaraikan dalam perancangan ‘to do list’ anda. Matlamat yang anda inginkan haruslah dikeluarkan dari fikiran dan ditulis di atas kertas. Ini untuk membolehkan anda berasa lebih jelas dan nyata akan matlamat yang anda ingin capai. Komponen matlamat haruslah mempunyai APA atau dengan SIAPA yang anda nak capai berserta dengan TARIKH AKHIR untuk anda mencapai matlamat tersebut. Rancang matlamat anda dengan menyenaraikan matlamat jangka pendek (6 bulan ke 1 tahun), jangka sederhana (3 tahun hingga 5 tahun), dan jangka panjang (5 tahun hingga 10 tahun). Anda harus mengetahui matlamat jangka pendek yang anda capai akan membina matlamat jangka panjang yang anda ingin capai. Apa yang berlaku dalam masa 10 tahun adalah berdasarkan apa yang anda lakukan dalam masa 3 hingga

PERSEDIAAN UTAMA BERNIAGA KEBAB

Setiap perniagaan akan memerlukan persediaan awal pada fasa awal sebelum memulakan perniagaan. Persediaan dan perancangan yang tersusun berserta matlamat akan membuatkan anda lebih bijak untuk mentadbir perniagaan anda. Pentadbiran yang baik datang dari perancangan dan ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang hendak ceburi. Sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman, anda boleh mula bertanya pengalaman peniaga dan usahawan yang telah menjalankan perniagaan yang sama untuk memberi pencerahan tentang perniagaan tersebut. Berikut antara 5 persediaan yang boleh anda lakukan untuk mencari ilmu, pengalaman serta kemahiran sebelum memulakan perniagaan kebab anda. Bagi pemula peniaga baru yang masih berkerja dan berhasrat untuk memulakan perniagaan kebab ini, anda harus mempunyai ketahanan mental & fizikal yang berbeza berbanding ketika anda berkerja. Mindset yang bermula dengan semangat, fokus dengan kenapa dan apa yang anda kerjakan untuk perniagaan kebab anda

BAGAIMANA ATASI CABARAN BERNIAGA?

Tidak sah bagi sesebuah perniagaan untuk tidak menghadapi cabaran. Cabaran merupakan perkara yang sinonim dalam perniagaan. Justeru pengurusan cabaran yang datang merupakan perkara yang harus dilakukan oleh para usahawan perniagaan kebab agar setiap cabaran dapat memberikan kebaikan dalam perniagaan tersebut. Terdapat pelbagai masalah yang mungkin akan hadir setiap hari. Namun, kenalpasti masalah yang harus diberi keutamaan untuk diselesaikan. Senaraikan alternatif bagi setiap masalah yang datang. Dapatkan pandangan dari keluarga atau rakan terdekat yang faham dengan situasi anda bagi menjalankan proses validasi bagi setiap alternatif yang anda senaraikan. Lakukan sedikit kajian bagi mengenalpasti alternatif terbaik bagi setiap permasalahan tersebut. Pertimbangkan alternatif yang anda ada dengan mengambil kira beberapa faktor. Contohnya; penukaran lokasi bagi mendapatkan hasil jualan yang lebih baik – pertimbangkan faktor kos operasi, jarak, serta keselamatan u

BAGAIMANA ATASI RASA TIDAK YAKIN?

Pernah rasa takut dan tidak yakin sehingga ia menghalang anda untuk mencuba dan melakukan tindakan ? Tindakan ini bukan sahaja mengalang anda dari kemungkinan terbaik yang bakal berlaku dalam hidup anda , namun ianya tindakan anda sendiri yang meragui kemampuan yang mampu anda lakukan untuk melakukan yang terbaik dalam hidup anda . Jom baca bagaimana nak atasi rasa tidak yakin yang ada dalam diri anda supaya anda dapat memulakan perniagaan untuk mengubah kehidupan anda . Langkah yang pertama dalam memulakan perniagaan adalah dengan mempunyai matlamat yang jelas . Apakah yang anda nak capai dalam jangka waktu yang telah ditetapkan . Anda juga harus jelas dengan sebab anda memulakan perniagaan . Sebab ini lah yang akan menguatkan anda untuk terus mara ke hadapan ketika anda melalui masa-masa sukar dan cabaran dalam berniaga . Sentiasa mulakan perniagaan