Skip to main content

PERSEDIAAN UTAMA BERNIAGA KEBAB



Setiap perniagaan akan memerlukan persediaan awal pada fasa awal sebelum memulakan perniagaan. Persediaan dan perancangan yang tersusun berserta matlamat akan membuatkan anda lebih bijak untuk mentadbir perniagaan anda. Pentadbiran yang baik datang dari perancangan dan ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang hendak ceburi. Sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman, anda boleh mula bertanya pengalaman peniaga dan usahawan yang telah menjalankan perniagaan yang sama untuk memberi pencerahan tentang perniagaan tersebut.

Berikut antara 5 persediaan yang boleh anda lakukan untuk mencari ilmu, pengalaman serta kemahiran sebelum memulakan perniagaan kebab anda.




Bagi pemula peniaga baru yang masih berkerja dan berhasrat untuk memulakan perniagaan kebab ini, anda harus mempunyai ketahanan mental & fizikal yang berbeza berbanding ketika anda berkerja. Mindset yang bermula dengan semangat, fokus dengan kenapa dan apa yang anda kerjakan untuk perniagaan kebab anda amat penting untuk memastikan anda meulakan perniagaan anda dengan tindakan yang luar biasa.

Seperti yang disarankan oleh kami, melihat kejayaan peniaga sedia ada, anda boleh mulakan perniagaan kebab ini secara part-time terlebih dahulu untuk dapatkan hasil pertama pada skala kecil sebelum anda kembangkan perniagaan kebab anda pada skala besar apabila anda sudah bersedia.



Melengkapkan diri anda dengan ilmu perniagaan adalah lebih penting berbanding modal wang. Sekiranya anda ada modal wang tetapi tiada ilmu untuk menguruskan wang tersebut, wang tersebut akan tetap hilang akibat ketiadaan ilmu yang betul. Justeru laburkan sedikit masa dan wang untuk anda tambah baik ilmu sedia ada. Ilmu merupakan persiapan terbaik dalam anda menceburi sesuatu yang baru dalam hidup anda.


Ilmu dalam perniagaan kebab termasuklah ilmu pengurusan perniagaan kebab secara keseluruhan di mana ilmu yang paling penting untuk pemula perniagaan ialah ilmu operasi perniagaan serta ilmu pemasaran bagi menjana jualan. Jualan merupakan nadi bagi sesebuah perniagaan. Tanpa jualan, tiada wang dan pengurusan perniagaan yang dapat dilakukan.


Terdapat beberapa cara untuk anda memulakan perniagaan kebab ini. Anda boleh bermula untuk mendapatkan lokasi perniagaan dalam bentuk stall/ gerai/kiosk. Faktor utama untuk memilih lokasi ialah melihat kepada trafik (pengunjung) yang datang, keperluan kemudahan (sumber bekalan air dan elektrik) serta keselamatan peniaga dan pengunjung.

Bagi yang mahu memulakan dengan konsep ‘food delivery’ atau ‘catering’, anda boleh mula bina ‘virtual location’ seperti FB Page atau Website dan fokus anda adalah untuk menarik trafik (pengunjung) di alam maya untuk datang berkunjung ke ‘virtual location’ yang anda bina.

Kedua-dua cara mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kedua-dua pilihan juga mempunyai cara dan gaya pemasaran yang agak berbeza yang bakal kami kongsikan dalam Madina Apprentice Program ini nanti.


Modal asas berbentuk keperluan perniagaan dan bahan mentah masih diperlukan dalam memulakan perniagaan kebab ini. Anda boleh cuba dalam skala kecil terlebih dahulu. Belajar untuk melakukan promosi dan menjual dalam skala kecil dan ukur pulangan yang anda dapatkan dari hasil jualan.

Jangan melihat modal asas ini sebagai bebanan semata-mata. Tetapi anda haru berfikir pulangan yang anda peroleh dari pelaburan ini.


Setelah anda jelas dengan matlamat dan telah meletakkan fokus untuk mencapai matlamat anda, TINDAKAN YANG PANTAS merupakan penentu kepada kejayaan anda. Ilmu tanpa amal tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Sekiranya sudah mencuba dan masih belum berhasil., sentiasa lakukan refleksi sama ada anda sudah pun lakukan dengan sehabis baik atau pun masih buat secara separuh hati dan acah-acah sahaja.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

7 CARA UBAH RASA TAKUT KEPADA KEJAYAAN

Rasa takut merupakan perasaan yang normal bagi seseorang manusia yang mempunyai emosi . Acapkali ketakutan ini adalah disebabkan oleh pengalaman lampau yang tidak menyenangkan . Masalah lampau yang tidak berakhir dengan baik atau pun persepsi negatif terhadap informasi yang diterima akan mewujudkan kesan trauma dan takut dalam diri . Adakah rasa takut harus dihilangkan dan dianggap suatu perasaan yang negatif ? Tidak . Rasa takut yang diurus dengan baik boleh memberi motivasi dalam hidup anda untuk membina kejayaan di masa akan datang .  Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk anda uruskan perasaan takut yang bersarang dalam diri anda . Penafian rasa takut dalam diri hanya akan menyebabkan anda bertambah gelisah dan runsing . Langkah pertama dalam menguruskan rasa takut adalah dengan menerima rasa takut tersebut . Kadangkala rasa takut akan menyelamatkan diri anda ...

BARU BUAT BEBERAPA KALI DAH RASA NAK BERPUTUS ASA?

Fikirkan sekali lagi keputusan u olls tu. Min faham kadang-kadang rasa down sangat bila orang pertikaikan keadaan perniagaan kita yang belum nampak hasil yang diimpikan sedangkan dah pelbagai cara yang dilakukan. Apa nak buat bila rasa camni? 1. ANALISIS STRATEGI YANG DIGUNAKAN Adakah strategi tersebut memberi pulangan ke atas modal pemasaran yang dikeluarkan? Jika tidak, kenalpasti adakah TAWARAN yang diberikan bersesuaian dengan sasaran pelanggan yang anda sasarkan. Seterusnya ialah: 2. KONSISTEN MENERUSKAN STRATEGI TERSEBUT Jangan mudah bertukar platform pemasaran. Sebagai contoh u olls nak gunakan media atas talian (online) untuk membuat hebahan. Gunakan strategi di atas platform yang sama untuk sekurang-kurangnya 6 bulan sehingga setahun. Ini adalah kerana MASA diperlukan untuk prospek mempercayai u olls. U olls mesti dah tahu kejayaan sesebuah perniagaan tidak berlaku dalam SATU MALAM. Ia memerlukan proses kegagalan (atau min lebih s...