Skip to main content

BAGAIMANA ATASI RASA TIDAK YAKIN?


Pernah rasa takut dan tidak yakin sehingga ia menghalang anda untuk mencuba dan melakukan tindakan? Tindakan ini bukan sahaja mengalang anda dari kemungkinan terbaik yang bakal berlaku dalam hidup anda, namun ianya tindakan anda sendiri yang meragui kemampuan yang mampu anda lakukan untuk melakukan yang terbaik dalam hidup anda.

Jom baca bagaimana nak atasi rasa tidak yakin yang ada dalam diri anda supaya anda dapat memulakan perniagaan untuk mengubah kehidupan anda.


Langkah yang pertama dalam memulakan perniagaan adalah dengan mempunyai matlamat yang jelas. Apakah yang anda nak capai dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Anda juga harus jelas dengan sebab anda memulakan perniagaan. Sebab ini lah yang akan menguatkan anda untuk terus mara ke hadapan ketika anda melalui masa-masa sukar dan cabaran dalam berniaga.


Sentiasa mulakan perniagaan dengan melakukan kajian industri (kestabilan produk dan perniagaan serta potensi anda di masa hadapan). Pilih industri perniagaan yang sudah mempunyai kredibiliti dan hasil dalam pasaran. Di samping itu, sentiasa tambah ilmu anda yang berkaitan dengan perniagaan yang anda ingin ceburi. Ilmu perniagaan meliputi beberapa aspek termasuklah operasi perniagaan, pemasaran, serta pengurusan perniagaan secara keseluruhan.


Sokongan amat penting bagi pemula perniagaan terutamanya sokongan dari keluarga serta rakan-rakan terdekat. Sekiranya anda turut mendapat sokongan latihan serta pemantauan perniagaan dari pakar industri, ia adalah peluang yang harus diambil segera. Sokongan pakar industri atau usahawan lain yang memahami proses yang akan anda lakukan dan secara tidak langsung akan meningkatkan kepercayaan diri anda untuk terus mara ke hadapan.


Mulakan langkah pertama secara separuh masa terlebih dahulu. Jangan terus berhenti kerja dan melepaskan punca pendapatan sedia ada. Bermula dengan skala kecil dan dapatkan jualan pertama sebagai momentum pertama anda dalam perniagaan. Setelah ada hasil dari skala kecil, lakukan kajian bagaimana untuk anda tambah baik perniagaan sedia ada dan mengembangkan perniagaan anda secara berperingkat.


Mulakan perniagaan dengan modal paling minima. Fokus untuk hasilkan jualan hasil dari modal minima yang telah anda keluarkan. Kumpul keuntungan yang anda peroleh untuk tujuan pengembangan perniagaan anda. Dengan modal minima dan pengurusan kewangan yang betul, pelaburan perniagaan yang anda lakukan akan balik modal dengan jangka waktu yang lebih cepat.


Banyakkan berdoa dan berserah kepada-Nya. Pada akhirnya hanya Dia yang menentukan rezeki yang diterima oleh setiap orang dan hanya Dia yang memegang hati para pelanggan untuk membeli. Sentiasa berfikiran positif walau apa jua halangan dan cabaran yang melanda.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...