Skip to main content

TIPS PASTIKAN MATLAMAT TERCAPAI


Setelah anda mengenalpasti apakah matlamat yang ingin anda capai, kini anda harus mengetahui bagaimana untuk memastikan matlamat anda tercapai. Berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba untuk disenaraikan dalam perancangan ‘to do list’ anda.


Matlamat yang anda inginkan haruslah dikeluarkan dari fikiran dan ditulis di atas kertas. Ini untuk membolehkan anda berasa lebih jelas dan nyata akan matlamat yang anda ingin capai. Komponen matlamat haruslah mempunyai APA atau dengan SIAPA yang anda nak capai berserta dengan TARIKH AKHIR untuk anda mencapai matlamat tersebut.


Rancang matlamat anda dengan menyenaraikan matlamat jangka pendek (6 bulan ke 1 tahun), jangka sederhana (3 tahun hingga 5 tahun), dan jangka panjang (5 tahun hingga 10 tahun). Anda harus mengetahui matlamat jangka pendek yang anda capai akan membina matlamat jangka panjang yang anda ingin capai. Apa yang berlaku dalam masa 10 tahun adalah berdasarkan apa yang anda lakukan dalam masa 3 hingga 5 tahun. Begitu juga apa yang akan anda capai dalam masa setahun ditentukan oleh apa yang anda lakukan setiap bulan, setiap minggu dan setiap hari.



Tentukan matlamat penting yang anda ingin capai dahulu. Untuk perniagaan, keutamaan harus diberikan kepada matlamat jangka pendek yang lebih berorientasikan jualan serta aktiviti pemasaran yang konsisten. Ini akan disusuli dengan memantapkan sistem pengurusan bagi matlamat jangka waktu sederhana. Kemudian, barulah anda akan memasuki fasa pertumbuhan dan pengembangan perniagaan untuk tahun-tahun berikutnya.

Konsep yang sama digunapakai untuk matlamat untuk keluarga dan hidup. Sasarkan matlamat untuk keperluan asas yang selesa untuk keluarga. Pendidikan anak-anak boleh menjadi keutamaan terpenting matlamat kehidupan dan kekeluargaan anda.



Perencanaan matlamat harus disertai dengan keyakinan terhadap diri sendiri. Anda harus yakin dengan kemampuan diri sendiri. Tidak tahu bukan bermaksud tidak mampu. Oleh sebab itu pemula peniaga dan usahawan kebab sangat ditekankan untuk memulakan langkah pertama perniagaan dengan menuntut ilmu terlebih dahulu. Ilmu yang datang dari pengalaman orang lain amat bernilai dan sangat berguna bagi anda yang baru memulakan perniagaan kebab ini.


Fikiran manusia secara fitrah akan menjurus kepada perkara negatif terlebih dahulu sebelum berfikir ke arah negatif. Justeru latih minda anda untuk berfikir dari perspektif dan sudut pandang positif setiap masa. Berfikiran positif akan lebih membuat anda tenang dan bahagia di dalam hidup anda.


Rasa takut adalah wajar untuk dialami oleh setiap manusia terutamanya bagi mereka yang baru hendak memulakan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Rasa takut ‘tak jadi’, rasa takut ‘dikecam dan diejek’, dan pelbagai lagi rasa takut yang biasa dialami oleh pemula peniaga. Bagaimana nak urus rasa takut ini? Anda boleh bermula dengan menerima rasa takut tersebut dan mula menilai kenapa anda berasa takut. Dapatkan nasihat dari pakar yang berkaitan dengan isu yang anda takuti. Belajar bagaimana untuk meneylesaikan masalah yang menyebabkan rasa takut itu muncuk serta mulakan tindakan kecil, sedikit demi sedikit untuk mengatasi rasa takut tersebut. Guna konsep ‘what is the worst case scenario’ yang akan berlaku sekiranya anda melakukan tindakan tersebut. Percayalah anda akan menjawab kepada diri sendiri dengan ‘I’ve got nothing to lose if I try. I never know if I never try!’


Perasaan pesimis sangat bahaya jika anda biarkan ia mengawal diri anda. Kawalan sikap pesimis terhadap diri sendiri akan menghalang anda untuk melakukan perkara terbaik dalam hidup. Langkah yang sama boleh dilakukan untuk menjauhi sikap pesimis – tambah ilmu dan mula bertindak!


Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab


Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...