Pemasaran atas talian kini sudah lazim dan telah diadaptasi oleh kebanyakan peniaga yang beroperasi secara fizikal mahupun virtual. Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya para peniaga mula untuk mengadaptasikan teknologi terkini ini sebagai sebahagian operasi aktiviti pemasaran anda. Berikut merupakan beberapa kelebihan dan kebaikan pemasaran atas talian untuk peniaga mempertimbangkan kepentingannya dalam operasi perniagaan anda. Persaingan perniagaan yang makin sengit memerlukan peniaga mengambil inisiatif yang kreatif bagi membolehkan perniagaan anda tetap relevan dari semasa ke semasa. Masa yang dimiliki setiap orang adalah amat terhad dan kini landasan pemasaran semakin terpecah ke pelbagai jenis landasan pemasaran. Jika beberapa tahun dahulu, media siaran dan media cetak merupakan pemain dominan dalam aktiviti pemasaran, kini media digital (media sosial dan pemasaran internet) telah pun mengambil beberapa pecahan landasan pemsaran tersebut. An