Skip to main content

BILA WAKTU TERBAIK UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN KEBAB?

Ramai yang masih tertanya-tanya bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan perniagaan.

Memulakan perniagaan memerlukan masa dan perhatian daripada pemilik perniagaan tersebut. Sama ada anda memulakannya secara sampingan atau sepenuh masa, pengurusan masa sangat penting di dalam kedua-dua situasi ini.

Dengan perancangan dan pelan tindakan yang jelas, anda akan dapat fokus untuk memberikan masa dan perhatian kepada perniagaan anda dan seterusnya memberikan pulangan semula kepada anda.

Perniagaan adalah sebahagian dari kehidupan di mana lazimnya akan memberikan cabaran tersendiri. Di sini semangat anda untuk meneruskan perniagaan akan teruji terutamanya apabila orang yang rapat dan berhampiran dengan anda mula menjauhkan diri dan tidak menyokong anda.

Semangat yang konsisten bermula dengan tujuan anda yang jelas semasa memulakan perniagaan ini. Adalah penting untuk motivasi tersebut datang dari sendiri dan bukan berharap daripada orang lain kerana mereka boleh datang dan pergi pada bila-bila masa.

Anda harus ingat tiada perkara yang mudah dalam mencapai kejayaan. Sekiranya anda berkerja, anda tetap akan berdepan dengan cabaran yang tersendiri.

Sebelum memulakan perniagaan, anda boleh melakukan kajian menyeluruh tentang perniagaan yang anda akan jalankan. Kenali pasaran –pembekal dan pelanggan dalam perniagaan anda. Anda juga boleh menkaji pesaing sama ada yang berada di dalam industri yang sama atau berlainan.

Anda harus jelas dengan tujuan, risiko dan pulangan yang akan didapatkan. Sekiranya anda sudah jelas dengan langkah yang akan anda ambil, makan keyakinan akan mula datang dan seterusnya membuatkan anda bertindak sesuai dengan kajian dan perancangan yang telah anda lakukan.

Displin diri yang tinggi amat diperlukan oleh seorang peniaga terutama bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam perniagaan.

Disiplin diri bermula dengan pengurusan masa yang efisien. Antara langkah yang boleh anda lakukan adalah dengan menyediakan jadual harian yang spesifik mengikut jam kerja yang telah anda tetapkan sesuai dengan pelan tindakan anda.

Mempunyai jadual harian akan membentuk kebiasaan baru yang lebih positif dan produktif.

Tiada waktu yang tepat untuk diberikan. Ianya bergantung kepada keazaman dan kehendak diri sendiri serta beberap analisa persekitaran.

Apabila peluang yang hadir datang ianya bergantung kepada anda untuk mengambil peluang tersebut atau membiarkan ia berlalu pergi tanpa jelas dengan apakah yang anda inginkan sebenarnya.

Justeru sekiranya anda merupakan seorang yang optimis kepada perubahan, tidak suka berada di zon selesa serta mempunyai keinginan yang tinggi untuk membuat perubahan untuk memberikan sumbangan yang lebih besar kepada orang lain, anda boleh memulakan perniagaan ketika anda sudah mempunyai perancangan, ilmu serta mentor di dalam perniagaan.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.


Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

7 CARA UBAH RASA TAKUT KEPADA KEJAYAAN

Rasa takut merupakan perasaan yang normal bagi seseorang manusia yang mempunyai emosi . Acapkali ketakutan ini adalah disebabkan oleh pengalaman lampau yang tidak menyenangkan . Masalah lampau yang tidak berakhir dengan baik atau pun persepsi negatif terhadap informasi yang diterima akan mewujudkan kesan trauma dan takut dalam diri . Adakah rasa takut harus dihilangkan dan dianggap suatu perasaan yang negatif ? Tidak . Rasa takut yang diurus dengan baik boleh memberi motivasi dalam hidup anda untuk membina kejayaan di masa akan datang .  Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk anda uruskan perasaan takut yang bersarang dalam diri anda . Penafian rasa takut dalam diri hanya akan menyebabkan anda bertambah gelisah dan runsing . Langkah pertama dalam menguruskan rasa takut adalah dengan menerima rasa takut tersebut . Kadangkala rasa takut akan menyelamatkan diri anda ...

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...