Skip to main content

KENAPA PENIAGA KEBAB PERLU PEMASARAN ATAS TALIAN?

Pemasaran atas talian kini sudah lazim dan telah diadaptasi oleh kebanyakan peniaga yang beroperasi secara fizikal mahupun virtual.

Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya para peniaga mula untuk mengadaptasikan teknologi terkini ini sebagai sebahagian operasi aktiviti pemasaran anda. 

Berikut merupakan beberapa kelebihan dan kebaikan pemasaran atas talian untuk peniaga mempertimbangkan kepentingannya dalam operasi perniagaan anda. Persaingan perniagaan yang makin sengit memerlukan peniaga mengambil inisiatif yang kreatif bagi membolehkan perniagaan anda tetap relevan dari semasa ke semasa.


Masa yang dimiliki setiap orang adalah amat terhad dan kini landasan pemasaran semakin terpecah ke pelbagai jenis landasan pemasaran. 



Jika beberapa tahun dahulu, media siaran dan media cetak merupakan pemain dominan dalam aktiviti pemasaran, kini media digital (media sosial dan pemasaran internet) telah pun mengambil beberapa pecahan landasan pemsaran tersebut.

Antara pemasaran internet dan media sosial yang aktif digunakan di dalam negara ini termasuklah pemasaran e-mail, Facebook, Instagram, dan YouTube. Landasan pemasaran ini telah menjadi pilihan majoriti pengguna di dalam mahupun di luar negara untuk meluangkan sebahagian besar masa mereka. 

Justeru peniaga boleh mengambil peluang ini untuk melakukan hebahan yang konsisten bagi menjana jualan.

Pemasaran atas talian dapat memberi peluang kepada para peniaga mewujudkan imej perniagaan mengikut kreativiti tersendiri. 



Informasi dan promosi semasa yang ditawarkan oleh peniaga dapat diketahui pengguna dan pelanggan dalam kadar waktu yang lebih pantas berbanding pemasaran tradisional.


Selain landasan pemasaran yang mudah dikendalikan oleh para peniaga, pelanggan juga turut mempunyai akses yang mudah kepada anda bagi membuat urusan jual beli.


Kemudahan ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh para peniaga untuk meningkatkan perhubungan dengan pelanggan dan seterusnya mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.






Pemasaran atas talian merupakan alternatif pemasaran yang mempunyai kos lebih rendah berbanding pemasaran media siaran dan media cetak. 


Kos rendah berserta dengan akses dan kawalan yang sepenuhnya ke atas iklan yang dijalankan membuatkan pemasaran atas talian menjadi pilihan perniagaan masa kini. 


Setelah sesebuah iklan dijalankan, peniaga dapat mengukur keberkesanan sesebuah iklan tersebut hanya dalam tempoh 24 jam pertama dan boleh membuat keputusan untuk menruskan iklan tersebut atau melakukan penambahbaikan yang berkaitan.



Ini membuatkan aktiviti pemasaran atas talian dapat dijalankan dengan lebih efisien berbanding pemasaran jenis tradisional yang lain.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...