Skip to main content

BAGAIMANA URUS KELUARGA DAN RAKAN YANG TIDAK MEMBERI SOKONGAN DALAM PERNIAGAAN


Hampir kesemua peniaga akan melalui fasa ini. Fasa di mana akan akan melalui ujian untuk tidak memperoleh sokongan seperti yang diharapkan daripada keluarga mahupun rakan terdekat.

Bagaimana mengurus situasi sekiranya anda tidak mendapat sokongan seperti yang diharapkan?

Bertenang. Setiap kesulitan pasti ada kemudahan bersamanya. 

Berikut merupakan beberapa perkongsian untuk anda aplikasikan dalam kehidupan anda sekiranya perkara ini berlaku dalam perjalanan perniagaan anda.



Anda boleh mulakan dengan mendengar segala sebab kenapa mereka tidak menyokong anda. Pada kebiasaannya mereka berasa takut akan sesuatu dan cuba menghalang anda dari melakukaannya. 

Terdapat juga rakan yang tidak mahu anda berubah untuk menjadi lebih baik hanya kerana mereka memilih untuk tidak berubah. Kenal pasti apakah yang menyebabkan perkara ini terjadi.

Sekiranya mereka berniat baik, kaji semula ketakutan dan kerisauan yang mereka suarakan dan kembali berbincang akan bagaimana anda mengatasi perkara tersebut. 


Sekiranya niat mereka kurang baik dan berunsurkan kecemburuan, langkah terbaik adalah menjauhkan diri dengan cara yang baik.


Selain daripada diri sendiri, anda harus menjelaskan matlamat anda bersama keluarga dan rakan terdekat yang penting untuk diri anda.

Matlamat mengandungi penambahbaikan hidup yang anda ingin capai berserta dengan tarikh akhir untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Penjelasan ini akan mengurangkan kerisauan dan ketakutan ahli keluarga akan risiko perniagaan yang anda ambil. Yakinkan mereka anda sudah mempunyai perencanaan yang jelas dan ‘exit plan’ yang tersusun rapi.



Perancangan yang anda lakukan akan menentukan sejauh mana anda bersedia untuk meneroka perniagaan. Rancang aktiviti perniagaan yang anda akan lakukan berdasarkan matlamat yang telah anda tetapkan.

Perancangan haruslah dilakukan dalam kala 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. Antara perancangan yang paling penting untuk anda lakukan adalah tentang pelan pemasaran yang akan dilakukan untuk mencapai sasaran jualan.



Amalkan komunikasi terbuka bersama ahli keluarga dan rakan terdekat. Kongsikan aktiviti perniagaan yang anda lakukan berserta dengan kemajuan semasa yang telah anda lakukan dari semasa ke semasa.

Perkongsian masalah dan cabaran yang anda hadapi boleh juga dikongsikan namun beri keyakinan anda mampu untuk mengatasi cabaran tersebut dengan ilmu perniagaan yang anda telah persiapkan sebelum ini.



Sebagai seorang peniaga, anda harus meluaskan kenalan terutamanya yang sama-sama berniaga. Ini adalah kerana hanya peniaga yang akan memahami cabaran berniaga dan boleh berkongsi pendapat untuk mengurangkan tekanan dan bebanan ketika menghadapi cabaran tersebut.

Sentiasa perbaiki dan tambah baik ilmu perniagaan anda dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana perubahan berlaku dengan amat pantas seiring dengan kemajuan teknologi terkini. Justeru kehendak pelanggan turut berubah sesuai dengan edaran kemajuan teknologi zaman tersebut.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...