Skip to main content

BAGAIMANA KEKALKAN FOKUS PERNIAGAAN?

Dah sering tetapkan matlamat namun sering kali matlamat hanya tinggal matlamat yang tertulis di atas kertas.

Antara yang menyebabkan perkara sebigini terjadi adalah kerana kehilangan fokus dalam melaksanakan aktiviti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan sebelumnya.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh diamalkan para peniaga untuk menetapkan fokus anda dalam merealisasikan matlamat perniagaan anda.

Mungkin anda mempunyai 10 hingga 20 matlamat yang telah ditetapkan. Walaupun menjadi optimis merupakan perkara yang positif untuk diamalkan, namun anda perlu realistik terutama dari segi pelaksanaan.

Mempunyai 1 hingga 3 matlamat yang tercapai adalah lebih baik berbanding mempunyai 10 hingga 20 matlamat yang tidak tercapai.

Senaraikan 3 matlamat yang menjadi keutamaan anda dalam perniagaan. Nadi utama perniagaan ialah jualan. Jualan pula datang dari hasil aktiviti pemasaran. 

Anda boleh mulakan dengan matlamat pemasaran dahulu. Sebagai contoh, anda boleh tetapkan 1,000 orang akan melihat dan tahu aktiviti pernigaan yang anda jalankan dan 300 orang berminat untuk mendapatkan barangan jualan anda.

Seterusnya anda boleh tetapkan matlamat jualan pula. Sebagai contoh, 10-30% daripada 300 orang yang berminat untuk mendapatkan barangan jualan anda akan membeli dari anda.

Papan visi atau ‘vision board’ antara yang boleh dilakukan oleh para peniaga. Apakah itu visi? Anda hanya perlu bayangkan apa yang anda mahukan 10 hingga 30 tahun yang akan datang.

Sekiranya masih belum mempunyai rumah, anda boleh lekatkan gambar rumah impian anda serta pelaburan rumah yang ingin anda lakukan. 

Sekiranya anda boleh membantu 1 masjid/ rumah dalam amal jariah pada waktu sekarang, anda boleh lekatkan gambar anda sudah membantu 1,000 masjid/rumah di dalam papan visi.

Lekatkan apa sahaja gambar yang anda inginkan. Papan visi berfungsi untuk mengingatkan anda akan matlamat yang perlu anda capai bagi mendapatkan segala visi anda.

Sejurus setelah anda menyenaraikan dan menetapkan matlamat yang anda inginkan, anda haruslah menyediakan pelan tindakan untuk anda menyusun dan memulakan tindakan bagi mencapai matlamat anda.

Sebagai contoh, sekiranya matlamat anda adalah untuk menjana jualan RM10,000 pada bulan pertama, berapakah kuantiti kebab yang harus anda jual sehari? Sekiranya anda perlu menjual sekitar 70 hingga 100 unit sehari, berapa ramaikah harus tahu mengenai barang jualan dari anda sebelum mereka membeli dari anda?

Tindakan pertama yang harus lakukan adalah untuk menghebahkan kepada sejumlah orang yang telah anda kenalpasti tentang barang jualan anda bagi mendapatkan jualan yang anda kehendaki. Kaedah ini antara salah satu cara untuk anda merencanakan pelan tindakan anda.

Sentiasa jejak dan ukur kemajuan yang telah anda lakukan. Sediakan papan pemuka atau ‘dashboard’ bagi setiap matlamat yang telah anda tetapkan.

Kemajuan yang telah anda lakukan hendaklah dijejak seawal-awalnya pada setiap minggu. Hari Jumaat untuk menilai kemajuan dan keberhasilan yang seterusnya untuk mengenalpasti penambahbaikan untuk hari Isnin pada minggu berikutnya.

Penjejakan kemajuan dan pengubahan pelaksanaan aktiviti yang dilakukan untuk mencapai matlamat perniagaan anda hendaklah diumumkan kepada para pekerja anda (sekiranya anda sudah mempunyai pekerja). Ini bagi membolehkan segala aktiviti yang direncanakan dapat berjalan dengan lancar.

Anda harus jelas dengan tujuan anda memulakan perniagaan ini. Papan visi yang anda sediakan boleh menjadi tujuan yang telah divisualkan supaya anda sentiasa ingat dan jelas dengan tujuan anda memulakan perniagaan.

Tanpa tujuan yang jelas, anda akan mudah hilang arah dan berputus asa sekiranya terdapat cabaran yang melanda sepanjang aktiviti perniagaan anda berjalan.

Katakan tidak kepada perkara yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan atau mendekatkan pencapaian matlamat anda. Anda akan menerima pelbagai tawaran dari pelbagai apabila mereka mengetahui tentang potensi anda. Kenal pasti adakah ianya perkara yang anda mahukan atau tidak.

Anda boleh menolak dengan baik sekiranya tawaran tersebut tidak selari dengan matlamat yang telah anda tetapkan.

Pemantauan berkala diperlukan untuk memastikan anda berada di posisi yang betul dalam mencapai matlamat anda. 

Anda digalakkan untuk mempunyai pemantau kepada perniagaan anda untuk mengelakkan anda lupa dan lari dari fokus utama. 

Pemantau ini akan memastikan anda melaksanakan pelan tindakan dan membantu anda mengukur kemajuan yang telah anda lakukan.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab


Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...