Skip to main content

CABARAN UTAMA BERNIAGA KEBAB



Tidak sah bagi sesebuah perniagaan untuk tidak menghadapi cabaran. Cabaran merupakan perkara yang sinonim dalam perniagaan. Justeru pengurusan cabaran yang datang merupakan perkara yang harus dilakukan oleh para usahawan perniagaan kebab agar setiap cabaran dapat memberikan kebaikan dalam perniagaan tersebut.

Berikut merupakan perkongsian peniaga kebab yang berpengalaman lebih dari 5 tahun berniaga kebab tentang jenis-jenis cabaran utama dalam perniagaan kebab untuk dikongsikan bersama bakal peniaga kebab.


Langit tidak selalu cerah. Berniaga ada naik dan turun. Biasa dengar pepatah ini? Kebanyakan peniaga yang baru mula berniaga akan berhadapan dengan masalah ini sekiranya tidak melaksanakan rancangan perniagaan dan pemasaran dengan betul.

Antara punca tiada jualan adalah kerana penduduk di kawasan persekitaran belum tahu akan kewujudan perniagaan anda. Masalah ini dapat diatasi dengan aktiviti dan perancangan pemasaran yang berkesan. Sekiranya anda sudah melakukan aktiviti pemasaran, kaji semula adakah kempen pemasaran anda dijalankan dengan betul. Adakah anda menjalankannya dengan konsisten agar bakal pelanggan setiasa ingat kepada anda? Anda juga boleh kaji sekiranya anda target orang yang betul untuk menjadi pelanggan anda.

Punca yang kedua adalah lokasi yang berkemungkinan jauh dan susah untuk pelanggan datang membeli dari anda. Untuk masalah ini, anda boleh cuba untuk memperkenalkan khidmat penghantaran kepada pelanggan anda. Anda harus sentiasa bertanya kepada pelanggan akan apa yang mereka mahukan. Jangan terus rasa ‘down’ dan bersangka produk yang anda jual tidak bagus dan tidak ada orang suka.


Hujan merupakan isu yang berada di luar kawalan kita sebagai manusia. Namun terdapat ramalan cuaca yang boleh digunapakai untuk perancangan awal agar anda lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan walaupun ramalan ini tidak 100% tepat.

Sekurang-kurangnya anda sudah membuat persediaan untuk menghadapi kemungkinan terburuk dan boleh merancang untuk mengatasi masalah ini. Antara cadangan yang diberikan oleh peniaga kebab sedia ada, anda boleh menawarkan pakej penghantaran secara pukal pada musim hujan. Penghantaran pukal ini boleh dihantar di mesyuarat pejabat, majlis hari jadi atau acara ceramah atau keraian di masjid.

Teknik pemasaran yang anda boleh lakukan adalah semudah dengan melakukan posting di media sosial anda. Teknik mudah dan berkesan ini akan dikongsikan dengan lebih lanjut di dalam Madina Apprentice Program.


Kehilangan pekerja pada waktu yang sibuk adalah sangat mengecewakan hati. Perkara terburuk yang boleh terjadi apabila anda kehilangan pekerja ialah apabila anda terpaksa berkerja untuk menggantikan pekerja yang telah hilang tadi.

Pada waktu yang sama anda boleh iklankan kekosongan jawatan di beberapa marketplace. Elakkan untuk mengambil pekerja di dalam laman sosial.


Aduan negatif pelanggan merupakan perkara normal di dalam sesebuah perniagaan. Pandangan dan aduan dari pihak lain merupakan sesuatu yang dialami oleh setiap individu. Setiap individu atau pembeli mempunyai ‘expectation’ (jangkaan/harapan) tersendiri berdasarkan pengalaman mereka dan sekiranya pihak penjual tidak memenuhi ‘expectation’ mereka, maka akan berlakunya ‘dissatisfaction’ (ketidakpuasan hati). Kadangkala faktor lain yang menyumbang kepada keadaan ini adalah salah faham.

Justeru para peniaga dinasihatkan untuk tidak mudah melatah dan siasat perkara yang sebenarnya berlaku kepada pelanggan. Sekiranya kesilapan memang benar terjadi pada pihak penjual, segeralah meminta maaf dan beri ganti rugi atas pengalaman pembeli yang tidak menyenangkan itu tadi.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...