Skip to main content

PELABURAN USAHAWAN KEBAB

Pelaburan untuk usahawan kebab? Boleh ke?

Siapa yang kata tak boleh? InsyaAllah boleh sekiranya anda serius menjalankan perniagaan anda. 

Kenapa mula pelaburan?

Setiap manusia mempunyai jangka hayat untuk hidup dan berkerja dalam keadaan yang kuat dan sihat. Justeru pelaburan diperlukan untuk memberikan pendapatan pasif kepada anda semasa anda sudah berada dalam usia yang tidak lagi kuat secara fizikal untuk berkerja.

Berikut merupakan beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebagai langkah-langkah untuk anda memulakan pelaburan hasil dari wang pendapatan perniagaan kebab anda.


Membuka entiti berdaftar atau mendaftarkan perniagaan anda ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan perkara yang wajib dan perkara asas yang perlu dilakukan untuk semua peniaga.

Pendaftaran entiti perniagaan anda dengan SSM akan memberikan perniagaan anda manfaat. Dengan mendaftar dengan SSM anda akan dapat meningkatkan kredibiliti perniagaan/ syarikat anda untuk jangka masa panjang.

Urusan perniagaan akan menjadi lebih mudah kerana dengan pendaftaran perniagaan ini anda dapat menggunakannya untuk berurusan dengan pihak pembekal serta dapat meningkatkan keyakinan pelanggan anda untuk berurusan dengan anda.

Pendaftaran perniagaan ibarat kad pengenalan individu yang akan digunakan dalam setiap urusan rasmi. Anda berpeluang untuk memohon geran dan bantuan kerajaan sekiranya perniagaan anda sudah berdaftar.


Perkara terpenting selepas mendaftarkan perniagaan adalah dengan membuka akaun perniagaan. Setiap perniagaan haruslah mempunyai akaun bank yang berasingan dari akaun peribadi. Terdapat beberapa sebab penting untuk anda membuka akaun perniagaan untuk perniagaan anda.

Dengan mempunyai akaun bank yang berasingan untuk perniagaan, wang perniagaan dapat diasingkan dari wang peribadi. Ini bagi mengelakkananda terambil duit perniagaan dan seterusnya mengakibatkan kerugian. Pengasingan wang peribadi dan perniagaan juga akan memudahkan anda untuk membuat rekod untung rugi serta memudahkan proses audit dan pembayaran cukai.

Penyata akaun bank merupakan dokumen penting yang diperlukan ketika anda hendak mengembangkan perniagaan anda. Penyata kewangan ini akan digunakan untuk menilai prestasi perniagaan anda serta akan digunakan sebagai dokumen sokongan semasa anda membuat pinjaman. Akaun bank yang teratur dan diurus dengan baik akan memberikan kredibiliti kepada perniagaan anda.


Emas merupakan salah satu alternatif pelaburan yang boleh dilakukan peniaga kebab. Namun terdapat ilmu yang spesifik tentang pelaburan emas ini. Emas adalah sebuah pelaburan jangka panjang. 

Terdapat beberapa jenis emas; emas perhiasan dan pelaburan di mana terdapat perbezaan harga jual dan beli disebabkan oleh upah pembuat emas perhiasan serta susut nilai emas tersebut.

Konsep pelaburan emas adalah beli dengan harga rendah dan jual pada harga tinggi. Pelaburan emas memerlukan kajian lanjut tentang di mana anda harus membelinya dan di mana anda harus menjualnya semula. 

Yang paling penting dalam jual beli emas adalah anda mendapat emas apabila membeli emas dan bukannya kertas. Ini adalah kerana terdapat beberapa scam pelaburan emas yang telah berlaku sebelum ini.

Pelaburan emas dapat dimulakan dengan 20% daripada wang lebihan keuntungan dan anda boleh mencuba pelaburan yang lain yang bersesuaian dengan anda pada masa hadapan.


Kebanyakan peniaga berasa takut apabila mendengar perkataan cukai tanpa mengetahui ilmu keseluruhan tentang cukai. 

Terdapat pelbagai manfaat yang akan diperoleh oleh peniaga apabila membayar cukai pendapatan dan perniagaan. Antaranya adalah untuk mengembangkan perniagaan untuk menarik pelabur bersama dengan anda.

Bagi memulakan pembelian dan pelaburan hartanah pula, dokumen taksiran cukai diperlukan untuk permohonan pinjaman untuk belian hartanah. Mengelak membayar cukai akan mendedahkan peniaga kepada kompaun dan penalti.


Pengurusan akaun sangat penting untuk menjejak untung rugi sesebuah perniagaan. Penyata kewangan tahunan adalah berdasarkan rekod bulanan dan rekod bulanan bermula dari rekod harian. 

Rekod kewangan yang rapi dan tersusun akan membolehkan peniaga menjejak prestasi kewangan pada setiap hari dan setiap bulan. Ini akan membolehkan peniaga mengambil langkah yang betul untuk menambahbaik perniagaan.

Selain daripada itu penyata kewangan akan digunakan di dalam proses taksiran cukai. Justeru penyimpanan resit, invois dan rekod yang jelas adalah sangat penting untuk kegunaan ini.


Keuntungan perniagaan bersama dengan pelaburan lain seperti emas (yang telah dijelaskan sebelum ini) berserta dengan pengurusan perniagaan yang merangkumi pengurusan akaun dan pentaksiran cukai yang baik akan membolehkan para peniaga memulakan pembelian dan pelaburan hartanah.

Terdapat pelbagai jenis hartanah yang boleh dipertimbangkan oleh para peniaga. Dapatkan ilmu yang mencukupi sebelum memulakan pelaburan hartanah. Terdapat beberapa tips penting supaya para peniaga dapat membuat keputusan yang tepat dan betul.


Bagi peniaga muslim, zakat merupakan kewajipan yang harus ditunaikan. Zakat merupakan pelaburan akhirat yang tidak ternilai.

Pada akhirnya harta benda yang diperoleh merupakan pemberian dari Yang Maha Memberi Rezeki. Zakat yang dikeluarkan akan meluaskan rezeki dan mewujudkan hubungan sesama insan. 

Tujuan berniaga dan memperoleh wang pada akhirnya adalah untuk memberi bagi memperoleh kehidupan yang diberkati di dunia dan akhirat.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. 

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...