Skip to main content

5 LANGKAH MENJADI USAHAWAN PELAJAR DALAM PERNIAGAAN KEBAB


Keperluan dan kehendak pada masa kini yang memerlukan kos tambahan sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. 

Kenaikan harga barang yang berbentuk keperluan dan kehendak berlaku dengan lebih cepat. Seperti contoh, perubahan harga minyak yang berlaku setiap minggu pada masa ini.

Kenaikan barang sebanyak 10% hingga 20% setiap tahun merupakan perkara yang sudah dapat dijangkakan. Justeru terdapat sebahagian golongan pelajar yang telah mengambil tindakan untuk mengubah keadaan diri sendiri melalui bidang perniagaan.

Adakah anda sebahagian dari mereka?

Atau anda nak jadi seperti mereka yang sudah pun memulakan perniagaan dan mula melakukan pelaburan pasif seawal usia 20 tahun?

Jom baca bagaimana pelajar boleh memulakan perniagaan kebab secara separuh masa.



Setiap individu pasti mempunyai potensi diri. Ianya samada sudah dikenalpasti atau masih tersimpan di dalam setiap individu. Anda hanya perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil peluang yang ada dan mengurangkan risiko yang wujud dengan kekuatan yang dimiliki.

Minat terhadap sesebuah industri antara perkara utama yang perlu dikenalpasti oleh pelajar yang mahu menceburi bidang perniagaan. Seterusnya kenalpasti kekuatan diri anda. Kemahiran menjual merupakan kemahiran utama yang perlu ada dalam diri setiap usahawan. 


Kenalpasti apakah posisi anda dalam perniagaan ini. Sekiranya anda masih belum tahu untuk melaksanakan tugas untuk posisi tertentu, tidak bermakna anda tidak akan tahu buat selamanya. Kemahuan untuk belajar dan melakukan apa yang dipelajari akan membawa anda kepada kejayaan. 


Terdapat pelbagai industri perniagaan yang boleh diceburi oleh pelajar secara separuh masa. Ini termasuklah menjual barangan keperluan seperti pra-bayar telefon, menjadi ejen butik pakaian, atau menawarkan perkhidmatan seperti khidmat jurugambar atau khidmat penulisan.


Pemilihan industri perniagaan adalah bergantung kepada minat individu, kemahiran yang dimiliki oleh individu tersebut serta potensi pasaran di lokasi sekitar. 

Kelebihan industri makanan adalah kerana ianya merupakan keperluan harian. Manusia suka pada variasi yang ditawarkan seperti variasi menu kebab yang berbeza dan masih belum ada di serata tempat.

Justeru tugas seorang usahawan kebab adalah untuk memenuhi permintaan pasaran serta melakukan hebahan berterusan agar nilai perniagaan kebab yang ditawarkan dapat diketahui oleh masyarakat sekitar.

Setiap industri perniagaan yang diceburi akan bermula dengan ketiadaan pangkalan data pelanggan (customer’s database). Namun, pangkalan data pelanggan akan diperoleh seiring dengan usaha dan hebahan yang dilakukan.



Pembinaan perancangan bermula dari kajian yang dilakukan. Antara soalan yang perlu anda tanyakan kepada diri sendiri termasuklah:

1. Adakah produk dan servis kebab yang ditawarkan mempunyai permintaan?

2. Adakah anda dapat mengenalpasti sasaran pasaran?

3. Adakah sasaran pasaran akan membeli produk kebab anda?

4. Adakah produk dan servis kebab anda menawarkan keunikan?

5. Adakah anda sedar akan kekangan yang anda hadapi?

Antara yang perlu anda ketahui adalah permintaan boleh diwujudkan dengan aktiviti pemasaran dan hebahan yang berterusan. Pemilihan lokasi secara fizikal atau virtual yang mempunyai trafik yang tinggi akan memudahkan anda melakukan aktiviti perniagaan.

Kaji demografi dan tingkah laku masyarakat yang berada di lokasi tersebut bagi mengenalpasti sasaran pasaran anda.


Penjelasan tentang kajian perniagaan ini akan dijelaskan dengan lebih mendalam di dalam program Madina Apprentice Program kami. 


Selain daripada ilmu pengetahuan tentang perniagaan dan kemahiran, mentor merupakan antara perkara penting yang perlu anda dapatkan semasa memulakan perniagaan ini terutamanya sekiranya ini merupakan kali pertama anda memulakan perniagaan.

Apabila anda ingin mendapatkan mentor, ini merupakan karakter yang perlu ada:
1. Pakar dalam industri tersebut
2. Mempunyai portfolio yang telah berjaya dan boleh anda jadikan contoh


Madina Kebab sudah berada di pasaran Malaysia sejak 1995 dan di pasaran Indonesia sejak 1999. 


Langkah yang seterusnya adalah untuk memulakan perniagaan! Jana jualan dengan melakukan aktiviti pemasaran yang telah dilancarkan. Bermula dengan 1 jualan anda akan belajar untuk menjana 100 jualan yang berikutnya.


Mulakan perniagaan tanpa menunggu semuanya sempurna. Kesempurnaan hanya akan menyebabkan anda lambat bertindak dan terlepas peluang yang dapat anda manfaatkan untuk mengubah hidup anda.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.


Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...