Skip to main content

APAKAH FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN KEBAB?

Sebelum menggenggam kejayaan, pasti ada cabaran dan kegagalan yang perlu ditempuh terlebih dahulu. 

Namun, dengan persediaan yang mecukupi dari segi ilmu dan perancangan perniagaan, anda boleh meneliti dan menganalisis faktor yang dinyatakan agar anda mempunyai sebuah perniagaan kebab yang berjaya.

Jom baca faktor terpenting dalam membangunkan perniagaan kebab untuk menjadi sebuah perniagaan yang berjaya. 

Kebanyakan aspek perniagaan anda bergantung kepada pemasaran yang berjaya. Secara keseluruhan, pemasaran meliputi pengiklanan, perhubungan awam, promosi dan jualan.

Pemasaran adalah proses yang mana produk atau perkhidmatan diperkenalkan dan dipromosikan kepada bakal pelanggan. Tanpa pemasaran, perniagaan anda mungkin menawarkan produk atau perkhidmatan terbaik dalam industri anda, tetapi tidak ada pelanggan berpotensi anda yang tahu mengenainya. 

Tanpa pemasaran, jualan mungkin tiada dan akhirnya akan menyebabkan perniagaan anda ditutup.

Kunci kepada pemasaran yang berjaya adalah konsistensi untuk bereksperimen dalam menghasilkan iklan dan aktiviti pemasaran yang berkesan. 

Bacaan lanjut tentang pemasaran perniagaan kebab boleh dibaca di link ini http://blog.madinakebab.com/2017/12/bagaimana-jalankan-pemasaran-perniagaan.html

Terdapat beberapa aspek penting dalam operasi perniagaan kebab yang perlu diberi perhatian kepada peniaga yang mahu memulakan perniagaan kebab. Ini termasuklah pengurusan bahan mentah, penyediaan hidangan kebab, tempat jualan dan tempat penyimpanan.

Penjagaan dan pengurusan operasi perniagaan mengikut standar dan panduan yang disediakan akan memudahkan peniaga dan usahawan kebab khususnya buat pemula perniagaan ini.

Bacaan lanjut tentang operasi perniagaan kebab boleh dibaca di link ini http://blog.madinakebab.com/2017/12/operasi-perniagaan-kebab.html

Pengurusan kewangan di dalam perniagaan kebab termasuklah mempunyai rekod jualan dan belian harian. Melalui rekod jualan dan belian ini peniaga dan usahawan kebab akan menghasilkan penyata untung rugi bulanan dan tahunan. 

Dengan penyata untung rugi ini anda akan mendapat gambaran prestasi perniagaan anda – sama ada sasaran jualan telah tercapai atau tidak. Dengan ini anda dapat merencanakan strategi perniagaan anda yang berikutnya.

Dengan mempunyai rekod yang kemas dan teratur anda boleh mengesan kecurian wang jualan dengan pantas dan boleh membuat strategi penyimpanan dan pelaburan wang yang berikutnya. 

Anda hendaklah mempunyai akaun bank simpanan khas buat perniagaan anda agar anda dapat membezakan wang peribadi dan wang perniagaan. Dengan ini anda dapat mengelakkan kebocoran wang akibat digunakan oleh diri sendiri tanpa rekod yang jelas.

Melalui pengurusan kewangan yang baik, anda dapat membina profil kewangan untuk tujuan membayar cukai bagi melakukan aktiviti pelaburan seperti pelaburan hartanah. Rekod pengurusan kewangan yang baik juga akan memberi anda potensi mendapatkan bantuan dan geran perniagaan untuk anda mengembangkan perniagaan anda. 

Sumber daya manusia merupakan antara yang terpenting dalam menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Prinsip pengambilan pekerja – biar lambat pilih tapi jangan salah pilih. Antara kriteria yang perlu ada dalam seseorang pekerja tersebut termasuklah amanah, bijak, cergas, dedikasi dan gigih untuk menjadi sebahagian daripada perniagaan anda.

Anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil pekerja yang cukup solat lima waktu sekiranya mereka merupakan orang muslim kerana pelaksanaan solat erupakan refleksi kepada peribadi muslim yang bertanggungjawab.

Pemilihan berdasarkan kriteria sikap merupakan keutamaan berbanding pengetahuan dan pengalaman. Ini adalah kerana pengetahuan dan pengalaman akan dipelajari seiring waktu berkerja. Latihan kepada pekerja merupakan keutamaan dalam pengurusan sumber daya manusia. Antara latihan yang perlu diberi perhatian termasuklah kepantasan perkhidmatan, kualiti makanan, ketepatan menyediakan menyediakan makanan serta keramahan melayan pelanggan.

Disamping latihan tersebut, pekerja perlu diberi pendedahan akan beberapa perkara seperti visi dan misi perniagaan anda. Anda boleh menyatakan dengan jelas mengenai apa yang bakal dilakukan oleh mereka bagi mencapai sasaran dan matlamat dasar perniagaan berserta dengan latihan untuk diberikan kepada pekerja anda.

Setiap pekerja juga harus diberikan tugas-tugas khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang akan menjejaskan operasi perjalanan perniagaan. Justeru manual latihan perlu diwujudkan bagi memberi latihan yang konsisten kepada pekerja dan digunakan untuk menjadi penanda aras untuk melatih pekerja yang baru.

Penilaian prestasi selepas latihan boleh dilakukan untuk menilai keberkesanan latihan. Latihan yang berkesan akan menyumbang kepada penghasilan pekerja yang berkebolehan dan berkemahiran bagi menjayakan perniagaan kebab anda. 

Perancangan keseluruhan perniagaan haruslah ditetapkan sejak permulaan perniagaan. Ini dapat bermula dengan penetapan visi, misi dan matlamat perniagaan tersebut. 

Anda boleh membayangkan apakah kesudahan anda berniaga kebab. Apakah yang akan anda lakukan dengan wang tunai yang anda peroleh daripada perniagaan ini? Untuk mengembangkan perniagaan? Atau untuk pelaburan dalam bentuk perniagaan yang lain? Atau hanya akan habis begitu sahaja?

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. 

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

KENAPA JUALAN TAK LAKU?

Sebelum u olls mengeluh bila jualan tak laku, ada beberapa perkara yang u olls kena semak dulu. Antaranya ialah: ✅  Dah berapa orang tau tentang produk kebab yang u olls tawarkan? ✅  Produk kebab yang u olls tawarkan sesuai ke dengan kemahuan pelanggan? ✅  Apakah tawaran terbaik yang u olls boleh beri kepada pelanggan? "Macam mana nak tau semua tu???" Ha tu lah, min kata kalau tak tau belajar dulu, u olls takmau dengar. Pastu bila tak laku u olls salahkan kebab yang tak bersalah tu. Pastu tukar ke perniagaan lain pulak. Asas berniaga dan menjual sama je u olls. Kalau u olls tak faham asas perniagaan ni, tukarlah perniagaan 10 kali pun , masalah yang sama jugak u olls akan hadapi. Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga da...