Skip to main content

APAKAH TUJUAN MEMULAKAN PERNIAGAAN KEBAB?



Apakah tujuan anda memulakan perniagaan kebab ini?

Tujuan utama perniagaan adalah memberi nilai dan manfaat kepada pelanggan dan penggunanya. Namun, apakah tujuan dari perspektif yang lain?

Setiap perniagaan harus mempunyai gambaran jelas dan ringkas tentang tujuannya untuk menyampaikan mesej tujuan keberadaan perniagaan tersebut kepada pelanggan dan penggguna.

Jom baca tujuan perniagaan kebab dari pelbagai perspektif lain agar makna tujuan perniagaan anda menjadi lebih jelas.

Hidup akan dijalani sekali oleh semua orang termasuk anda yang sedang membaca artikel ini. Pada suatu ketika anda akan tanyakan kepada diri sendiri “Apa yang saya lakukan?”.

Pada masa ini, anda akan berasa tidak jelas dengan matlamat dan tujuan anda menjalankan kehidupan. Motivasi seakan hilang. Ini disebabkan anda sedang melakukan sesuatu yang tidak anda minati dan melakukan dalam keterpaksaan.

Terdapat beberapa peniaga kebab sedia ada turut mengalami perasaan yang sama sebelum memulakan perniagaan kebab mereka. Dengan persediaan dan minat yang mendalam dalam perniagaan, mereka telah memulakan dan meneruskan perniagaan kebab dan menjalani kehidupan yang diinginkan.

Kenal pasti apakah tujuan berniaga untuk diri sendiri? Adakah anda akan memperoleh kepuasan dalam hidup dengan mencapai matlamat perniagaan anda – dapat memberi keselesaan kepada keluarga dengan pendapatan tambahan?

Kenal pasti tujuan berniaga dengan spesifik agar anda mempunyai tenaga dan inspirasi untuk meneruskan perniagaan sepanjang hayat anda.

Setiap perniagaan yang baik dan betul akan membawa nilai dan manfaat kepada orang lain. Sebagai contoh, perniagaan kebab memberi manfaat dengan menyediakan makanan yang baik, halal dan sihat kepada pelanggan yang membeli kebab tersebut.

Pekerja anda turut merasakan mereka adalah sebahagian daripada sumbangan nilai dan manfaat yang baik hasil dari perniagaan tersebut.

Selain daripada itu, melalui perniagaan perkongsian rezeki dapat dikongsikan bersama dengan pekerja anda melalui gaji dan upah yang diberikan. Melalui gaji dan upah yang diperoleh oleh pekerja, mereka dapat melakukan kebaikan yang seterusnya – memberi nafkah kepada keluarga dan memberi sedekah.


Dengan mempunyai perniagaan bersama tujuan untuk memberi nilai dan manfaat kepada manusia yang lain, pelanggan akan tertarik untuk menyokong sesebuah perniagaan tersebut.

Justeru, penetapan tujuan sesebuah perniagaan bukan hanya berteraskan kepada penjanaan wang semata-mata, namun dengan tujuan untuk memberi manfaat dan menyelesaikan masalah orang lain.

Dengan ini, kelestarian perniagaan tersebut dapat berjalan berterusan. Apakah tujuan perniagaan kebab anda untuk pelanggan anda?

Definisi komuniti mungkin bandar kecil atau besar di mana perniagaan anda beroperasi. Masyarakat sekeliling memerlukan bantuan walau di mana mereka berada.

Di antara pelbagai cara, perniagaan merupakan cara terbaik untuk melakukan perubahan besar di dalam sesebuah komuniti tersebut. Walaupun mana-mana perniagaan dapat membantu, perniagaan yang mempunyai tujuan yang jelas memberi manfaat kan memberikan pengaruh dengan lebih berkesan.

Setiap orang pasti mempunyai tujuan lain selain daripada yang dinyatakan sebelum ini, kerana ingin memenuhi tujuan yang lebih besar.

Ada yang mempunyai tujuan berdasarkan kepercayaan masing-masing. Ada yang ingin memenuhi janji kepada keluarga, rakan-rakan, atau pelabur. Ada yang menjadikan ia sebagai komitmen untuk tujuan yang lebih khusus.

Walau apa jua motif spesifik anda, anda akan ada satu alasan/sebab yang sangat kuat untuk anda mengejar tujuan perniagaan anda. Kenal pasti dengan jelas apakah alasan/sebab terkuat anda dan sentiasa ingat akan ia untuk anda terus berada dalam perniagaan ini.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain” (HR. Ahmad)

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...