Skip to main content

BAGAIMANA BERTINDAK DENGAN KONSISTEN?

Tindakan yang konsisten merupakan sikap dan kebiasaan yang paling mencabar untuk dilaksanakan. Namun sekiranya anda sebagai seorang peniaga dapat menguasi sikap konsisten dan menjadikan sikap ini sebagai kebiasaan harian, insyaAllah anda merupakan orang yang berjaya dan memperoleh keuntungan. 


Latihan untuk menjadi konsisten memerlukan waktu yang tidak sebentar. Anda boleh memulakan sikap konsisten dengan menetapkan sesuatu tindakan yang khusus dan bersifat realistik. 

Beri fokus untuk mencapai beberapa matlamat kecil, hadkan kepada 3 matlamat kecil yang akan membawa anda mencapai matlamat utama anda. Sebagai contoh anda perlu membuat hebahan kepada 1000 orang sebelum anda dapat menjual kepada 100 orang.


Sentiasa nilai pencapaian anda setiap hari supaya anda tidak menunggu hingga akhir bulan dan terlambat membuat tindakan pembetulan. 


Bersikap konsisten memerlukan kemahuan yang jelas untuk dicapai berserta dengan pilihan yang akan membantu anda mencapai matlamat dan kemahuan anda tersebut.

Senaraikan pilihan yang akan membantu anda untuk bersikap konsisten. Sebagai contoh, untuk anda membuat hebahan, anda mempunyai beberapa cara untuk membuat hebahan. Jadualkan cara yang telah disenaraikan dan laksanakan dengan konsisten dan kesungguhan.

Elakkan untuk meletakkan pilihan yang terlalu banyak dan mempunyai impak yang besar kerana ia akan menghilangkan fokus anda. Mulakan dengan pilihan tindakan yang mudah dan pantas.


Kehilangan fokus akan menyebabkan anda tidak menyelesaikan tindakan yang konsisten. Ini akan melemahkan kesungguhan anda untuk terus melakukan tindakan yang konsisten.


Tindakan yang dilakukan hendaklah seiring dengan yang diucapkan. Sekiranya anda menyatakan sesuatu dan melakukan tindakan yang berlainan anda anda kehilangan fokus dan menghilangkan konsistensi dalam hidup anda.

Elakkan daripada menyatakan sesuatu yang tidak sesuai dengan kemampuan anda. Anda tidak perlu malu untuk mengakui bahawa anda masih belum tahu untuk melakukan sesuatu. 


Justeru anda boleh meminta bantuan daripada pakar yang berkaitan untuk melakukan tindakan bagi pihak anda untuk sesuatu yang bukan menjadi kepakaran anda. 


Berfikiran negatif merupakan suatu pilihan yang dilakukan dalam hidup dan sekiranya anda tidak mengubah ia, maka ia akan menjadi cara berfikir yang konsisten dan mempengaruhi kemahuan anda.

Apabila anda berfikir secara negatif, anda akan membuat diri anda kurang konsisten dalam melakukan tindakan yang anda mahukan. Anda mempunyai pilihan untuk mengubah cara berfikir yang negatif seperti; “Saya tidak pandai dan tidak boleh melakukan perkara ini” kepada sesuatu yang lebih positif seperti; “Saya akan mempelajari bagaimana untuk melakukan perkara ini walaupun saya belum hebat untuk melakukannya pada waktu permulaan ini.”


Kenalpasti apakah bidang kerja yang membolehkan anda bersikap konsisten kerana setiap orang mempunyai kelebihan dan kecenderungan kepada bidang yang tersendiri berdasarkan minat, pengalaman dan kepakaran masing-masing. Berikan tugas yang tidak boleh dilakukan oleh anda sendiri kepada perkhidmatan luar. 


Matlamat yang spesifik akan membantu anda untuk bersikap konsisten dan memberikan anda sebab yang kuat dan spesifik untuk berusaha. 
Anda boleh menetapkan pelbagai matlamat dalam pelbagai bidang kehidupan anda

Kenalpasti bagaimana anda mahu menggunakan konsistensi untuk mencapai matlamat tertentu anda. Sebagai contoh, jika matlamat spesifik anda adalah untuk menjana jualan sebanyak RM10,000 dalamwaktu sebulan, anda perlu berkerja bersesuaian dengan aktiviti pemasaran yang akan membantu anda mendapatkan pelanggan untuk membeli kebab yang dijual oleh anda.


Sebagai contoh; senarai matlamat jangka sederhana dan panjang anda mungkin seperti ini; membeli rumah pertama untuk memberi keselesaan kepada keluarga anda, memberi pendidikan yang baik untuk anak-anak anda, dan menyediakan wang yang cukup untuk hari persaraan anda. Menjadi konsisten bermakna menjana pendapatan tambahan dari perniagaan pada jumlah yang telah ditetapkan dan melakukan pelaburan pasif bagi mengembangkan wang simpanan anda. 


Kegagalan semasa proses pelaksanaan tindakan merupakan perkara yang boleh dijangkakan akan berlaku. Kegagalan merupakan bukti anda sedang melakukan usaha yang konsisten untuk anda mencapai matlamat yang telah anda tetapkan.

Perancangan dan persediaan mental, fizikal dan kewangan diperlukan untuk anda menghadapai perkara tersebut. Bagaimana anda menghadapi situasi kegagalan itu akan melatih kekuatan dan potensi yang dimiliki oleh anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda masih belum dapat menjana jualan yang dikehendaki, anda boleh mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan ia terjadi. Mungkin lokasi yang tidak mempunyai orang yang lalu lalang atau mungkin orang sekeliling masih tidak tahu akan kewujudan perniagaan anda.

Dengan mengenalpasti faktor yang tepat anda dapat mngambil tindakan pembetulan yang tepat dan mencuba dalam skala yang kecil dahulu sebelum anda memperbesarkan usaha anda tersebut.


Kesungguhan dan konsistensi tidak sama dengan kesempurnaaan. Untuk menjadi konsisten, anda akan mengorbankan kesempurnaan. Dan apabila anda bertindak dalam keadaan sempurna, anda mungkin sudah terlambat untuk melakukan tindakan tersebut. 


Sekiranya anda tidak mempunyai motivasi, anda tidak akan membuat perubahan dalam hidup anda yang membolehkan anda menjadi konsisten.


Elakkan untuk mengatakan ini kepada diri sendiri “Saya tidak mempunyai motivasi”, sebaliknya katakan kepada diri sendiri yang anda yang anda sentiasa mempunyai kemungkinan untuk berjaya. Latih diri sendiri dengan mengatakan ini; “Saya sedia untuk berlatih untuk memotivasikan diri sendiri setiap hari”. 

Sekiranya anda melalui hari yang sukar dan tidak bermotivasi untuk melakukan apa-apa, tetap mencuba untuk mengerjakan tindakan anda dalam skala yang lebih berbanding kebiasaanya.

Jangan cuba melakukan terlalu banyak perkara pada satu masa. Penetapan “to-do-list” yang terlalu banyak akan menjadi tidak realistik dan menyebabkan anda tidak dapat menyempurnakan apa-apa. Sebaliknya, berusaha memperbaiki etika kerja satu persatu sebelum menambah uuntuk mepebaiki perkara yang lain.

Ingatkan diri sendiri mengapa konsistensi penting bagi anda. Apa yang anda cuba capai dengan konsisten? Apa yang berlaku jika anda gagal untuk konsisten? Jaga perkara ini dalam minda anda apabila anda sedang mencuba mencapai matlamat anda dengan tindakan yang konsisten.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

KENAPA JUALAN TAK LAKU?

Sebelum u olls mengeluh bila jualan tak laku, ada beberapa perkara yang u olls kena semak dulu. Antaranya ialah: ✅  Dah berapa orang tau tentang produk kebab yang u olls tawarkan? ✅  Produk kebab yang u olls tawarkan sesuai ke dengan kemahuan pelanggan? ✅  Apakah tawaran terbaik yang u olls boleh beri kepada pelanggan? "Macam mana nak tau semua tu???" Ha tu lah, min kata kalau tak tau belajar dulu, u olls takmau dengar. Pastu bila tak laku u olls salahkan kebab yang tak bersalah tu. Pastu tukar ke perniagaan lain pulak. Asas berniaga dan menjual sama je u olls. Kalau u olls tak faham asas perniagaan ni, tukarlah perniagaan 10 kali pun , masalah yang sama jugak u olls akan hadapi. Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga da...