Skip to main content

BAGAIMANA JALANKAN PEMASARAN PERNIAGAAN KEBAB?

Secara umumnya, pemasaran merupakan nadi kejayaan perniagaan. Kebanyakan aspek perniagaan anda bergantung kepada pemasaran yang berjaya. Secara keseluruhan, pemasaran meliputi pengiklanan, perhubungan awam, promosi dan jualan. 

Pemasaran adalah proses yang mana produk atau perkhidmatan diperkenalkan dan dipromosikan kepada bakal pelanggan. Tanpa pemasaran, perniagaan anda mungkin menawarkan produk atau perkhidmatan terbaik dalam industri anda, tetapi tidak ada pelanggan berpotensi anda yang tahu mengenainya. 

Tanpa pemasaran, jualan mungkin tiada dan akhirnya akan menyebabkan perniagaan anda ditutup.

Kenalpasti apakah produk utama yang ingin anda ketengahkan untuk menjadi fokus pemasaran. Anda boleh mulakan dengan menawarkan produk yang mempunyai harga lebih rendah berbanding dengan produk anda yang lain. Unit kuantiti yang kecil juga boleh digunakan untuk kempen promosi anda.

Pelanggan dan pengguna akan fokus untuk mencuba terlebih dahulu produk anda dalam kuantiti dan unit yang kecil. Pastikan anda sentiasa menjaga kualiti produk bagi memastikan nilai yang anda tawarkan berterusan dan membuatkan pelanggan setia dengan anda untuk jangka masa yang panjang. 

Anggarkan sasaran jualan yang anda kehendaki. Anda boleh mula menganggarkan sasaran jualan dengan mengetahui kos operasi dengan jelas. 

Berapakah unit kuantiti yang perlu anda jual untuk menampung kos operasi dan berapak unit kuantiti tambahan yang perlu anda jual untuk menjana keuntungan yang anda mahukan.

Berdasarkan sasaran jualan ini anda akan mula mengenalpasti langkah berikutnya: berapakah bajet pemasaran yang diperlukan, siapakah sasaran pelanggan, jenis media yang hendak digunakan dan sebagainya. 

Kempen pemasaran untuk sesuatu produk harus mempunyai tempoh yang tertentu. Sentiasa kaitkan dengan isu semasa dan hari keraian tertentu bagi mencipta perhubungan bersama pelanggan dan pengguna anda.

Anda boleh jalankan beberapa kempen dalam masa setahun, sebagai contoh 4 bulan tempoh kempen bagi sesebuah produk. Pelbagaikan sasaran pelanggan anda untuk mengenalpasti siapakan sasaran pelanggan yang sebenar. 

Tetapkan perbelanjaan untuk kempen pemasaran. Jumlah perbelanjaan boleh dianggarkan berdasarkan sasaran jualan yang anda kehendaki. 

Anda boleh menetapkan sekitar 5% daripada sasaran jualan untuk kempen pemasaran anda.

Sentiasa pantau kos yang dikeluarkan dengan hasil yang diperolehi bagi mendapatkan hasil yang efisien. 

Terdapat pelabagai jenis media atau landasan pemasaran yang boleh digunakan pada waktu ini hasil dari kecanggihan teknologi masa kini. Secara amnya ianya terpecah kepada ‘online platform’ (media atas talian) dan ‘offline platform’ (media luar talian).

‘Online platform’ termasuklah keberadaan di media sosial dan enjin carian. Media atas talian telah menjadi tren di era digitalisasi masa kini. Justeru, peniaga dan usahawan kebab harus memanfaatkan peluang ini sebagai salah satu usaha dalam kempen pemasaran anda. Selain capaian yang tinggi, kos yang rendah dan mudah untuk dikawal turut menjadi kelebihan.

‘Offline platform’ termasuklah bahan percetakan, media cetak dan media siaran. Bahan percetakan termasuklah flyers, bunting dan banner. Manakala media cetak adalah seperti surat khabar dan majalah dan media siaran seperti radio dan televisyen. Kelebihan media ini adalah capaian yang tinggi, namun tiada perhubungan langsung dapat dibina bersama pelanggan serta kos yang tinggi. 

Anda perlu ketahui tiada jenis kempen pemasaran yang dapat dipastikan keberkesanan dan kejayaannya. 

Justeru percubaan atau eksperimen serta penyelerasan haruslah sentiasa dilakukan bagi mendapatkan kempen pemasaran yang berkesan. Sekiranya anda tidak mencuba maka anda tidak akan tahu selamanya.

Mulakan percubaan dan eksperimen dalam skala yang kecil terlebih dahulu. Apabila anda sudah memperoleh hasil yang menepati sasaran yang anda kehendaki, anda boleh memperbesarkan bajet anda bagi mendapatkan hasil yang lebih besar.
Setelah hebahan pemasaran dilakukan, anda harus menetapkan jenis dan tempat pengedaran yang mudah dan boleh dicapai oleh pelanggan dan pengguna anda. 

Ini adalah kerana anda sudah mengeluarkan kos untuk mendapatkan pelanggan dan kos tersebut akan terbuang sekiranya anda tidak memenuhi permintaan dan menjana jualan akibat dari kesulitan jenis dan tempat pengedaran.

Oleh kerana itu, tetapan sasaran pelanggan dalam kempen pemasaran anda haruslah berada dalam capaian pengedaran yang anda kehendaki agar anda dapat memaksimakan kempen pemasaran dan penjanaan jualan. 

Perkhidmatan pelanggan adalah antara faktor kritikal untuk dititikberatkan semasa proses pemasaran dan jualan berlaku. Antara yang perlu dilakukan adalah memberi respon yang cepat untuk sebarang pertanyaan daripada pelanggan.

Sekiranya terdapat aduan, anda harus mengurus aduan tersebut dengan baik dan tidak mudah melatah. Dengan ini pelanggan akan berasa selesa untuk terus berurusan dengan anda.


Di dalam pemasaran, anda tidak boleh meletakkan ekspektasi yang tinggi untuk membuat jualan 100% apabila anda memperoleh pertanyaan. Ini adalah kerana kepercayaan tidak akan terbina pada kali pertama.

Justeru anda harus membuat komunikasi dan tindakan susulan kepada bakal pelanggan anda agar mereka berasa lebih selesa dan lebih mempercayai anda untuk melakukan transaksi jualan yang berikutnya.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. 

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...