Skip to main content

PENGURUSAN MASA PERNIAGAAN KEBAB SEPARUH MASA



Pengurusan waktu semasa menguruskan perniagaan adalah sangat penting supaya anda dapat menjadi produktif dan memberikan hasil yang maksima. Apatah lagi sekiranya anda menjalankan perniagaan secara separuh masa semasa anda masih lagi berkerja.

Justeru pengurusan waktu harus dirancang dengan sebaik-baiknya agar anda dapat memanfaatkan setiap waktu dan memperoleh kejayaan dalam pekerjaan dan juga perniagaan anda.

Ini seiring dengan pepatah ‘Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal’!



Situasi bagi yang berkerja sepenuh masa akan mempunyai jadual berkerja dari hari Isnin hingga Jumaat dan mempunyai jadual harian yang sudah ditetapkan. 

Walaubagaimanapun, anda perlu membuat jadual usahawan sambilan yang sesuai dengan nature kerja sepenuh masa anda agar anda mendapat hasil yang hebat dalam kedua-dua bidang kehidupan anda.

Untuk mendapatkan sesuatu anda harus bersedia untuk mengorbankan sesuatu. Sekiranya anda memilih untuk menjadi usahawan sambilan, anda harus bersedia untuk mengorbankan waktu hujung minggu anda dan mengorbankan waktu malam anda untuk memberi tumpuan kepada perniagaan anda. 

Berjanji dengan diri sendiri untuk sentiasa fokus kepada perkara yang mendatangkan hasil positif dalam perniagaan anda dan katakan tidak kepada perkara yang membuang masa anda.

Antara kebimbangan utama para peniaga adalah keperluan untuk menjawab keperluan pelanggan tepat pada masanya. Jika anda sedang berkerja, anda mungkin tidak dapat membalas pertanyaan pelanggan secepat perniagaan sepenuh masa. 

Namun, anda boleh memanfaatkan beberapa kemajuan teknologi seperti perkhidmatan menjawab maya di landasan komunikasi bersama pelanggan anda dengan menggunakan ‘instant autoreply’.





Mengutamakan tugas merupakan perkara terpenting semasa untuk anda memanfaatkan masa anda dengan baik. 

Sentiasa fokus untuk menyelesaikan tugas yang diutamakan satu persatu agar anda dapat menyempurnakan tugas dengan sebaik-baiknya.


Sentiasa utamakan aktiviti ‘menjana pendapatan dan jualan’ di bahagian atas senarai! Ia merupakan fokus anda yang utama. 


Dalam mendapatkan wang tambahan dan masa yang terluang melalui perniagaan, anda harus mendapatkan bantuan daripada orang sekeliling anda yang berkaitan. 

Pada peringkat awal, anda mungkin akan menjalankan perniagaan ini dengan menggunakan daya tenaga anda sendiri sebelum anda melantik pekerja di bahagian operasi untuk menjadi sebahagian daripada pasukan perniagaan anda.


Sentiasa jadikan bantuan yang anda peroleh ini sebagai satu pelaburan perniagaan atau sokongan kepada perniagaan anda untuk mengembangkannya dengan lebih cepat, mudah dan kurang meletihkan anda. 

Manfaatkan waktu rehat semasa makan tengah hari anda selama satu jam untuk membuat panggilan dan mengerjakan beberapa tugas untuk perniagaan anda bagi mengurangkan bebanan kerja untuk perniagaan anda pada kemudian hari. 


Penetapan matlamat yang realistik merupakan perkara yang harus dilakukan apabila anda ingin membuat pengurusan masa yang baik dalam hidup anda. 

Jika anda meletakkan matlamat yang tidak realistik, iaitu matlamat yang berada di luar kemampuan kapasiti anda (contoh: tidak mempunyai pekerja yang cukup atau bajet pemasaran yang berlebihan), anda akan berasa keletihan untuk menguruskan perniagaan anda.


Justeru, bersikap sederhana dan realistik kerana anda masih mempunyai keluarga dan perlu hidup dengan gembira tanpa memberi tekanan berlebihan kepada diri sendiri.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program 3 bulan yang akan membantu pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. 

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...