Untuk segmen pemasaran pada posting sebelum ini telah membuat perkongsian tentang apakah kandungan pemasaran yang anda boleh paparkan di media pemasaran perniagaan kebab anda, pada kali ini kami akan kongsikan bagaimana langkah-langkah untuk anda membina kandungan pemasaran bagi perniagaan kebab anda. Kenal pasti dengan jelas apakah matlamat utama untuk anda melancarkan kempen pemasaran anda melalui kandungan pemasaran yang akan anda sediakan. Adakah anda inginkan jualan secara langsung hasil dari aktiviti ini? Atau anda ingin mengumpul data prospek dan pelanggan anda? Atau anda ingin membina perhubungan bersama prospek dan pelanggan anda yang pada akhirnya akan berhujung dengan peningkatan jualan produk kebab anda? Apabila anda jelas dengan objektif dan matlamat anda, anda akan mula menjawab soalan berikut sebagai perancangan untuk membina kandungan pemasaran anda: 1. Siapakah pelanggan kebab saya? 2. Apa yang mereka perlukan daripada saya? 3. Bagaimana posting