Skip to main content

LANGKAH MEMBINA KANDUNGAN PEMASARAN

Untuk segmen pemasaran pada posting sebelum ini telah membuat perkongsian tentang apakah kandungan pemasaran yang anda boleh paparkan di media pemasaran perniagaan kebab anda, pada kali ini kami akan kongsikan bagaimana langkah-langkah untuk anda membina kandungan pemasaran bagi perniagaan kebab anda.

Kenal pasti dengan jelas apakah matlamat utama untuk anda melancarkan kempen pemasaran anda melalui kandungan pemasaran yang akan anda sediakan.
Adakah anda inginkan jualan secara langsung hasil dari aktiviti ini? Atau anda ingin mengumpul data prospek dan pelanggan anda? Atau anda ingin membina perhubungan bersama prospek dan pelanggan anda yang pada akhirnya akan berhujung dengan peningkatan jualan produk kebab anda?

Apabila anda jelas dengan objektif dan matlamat anda, anda akan mula menjawab soalan berikut sebagai perancangan untuk membina kandungan pemasaran anda:

1. Siapakah pelanggan kebab saya?
2. Apa yang mereka perlukan daripada saya?
3. Bagaimana posting (kandungan pemasaran) saya dapat membantu mereka?
4. Apa yang akan saya peroleh di kemudian hari sebagai imbalan untuk perniagaan kebab saya?
5. Berapa banyak sumber (tenaga, masa, kos wang) yang diperlukan dan berapa lama akan balik modal untuk sumber yang telah dilaburkan?

Jawapan dari soalan-soalan ini akan membantu memberi anda idea untuk proses berikutnya iaitu tema dan penjadualan

Kesemua posting anda hendaklah mempunyai tema yang jelas dan sekata. Tema yang konsisten akan memberi kredibiliti dalam penyampaian posting anda. 
Pelanggan akan lebih mempercayai anda sebagai peniaga kebab yang terbaik berdasarkan pemasaran yang telah anda lakukan dengan tema yang konsisten.

Tema akan membantu anda menjadi kreatif dan menambah struktur yang diperlukan untuk pelan membina kandungan pemasaran anda. Ia juga digunakan untuk memastikan anda menghebahkan kesemua mesej penting dan mencapai pelanggan dan prospek utama anda

Antara contoh tema yang anda boleh gunakan termasuklah:

Tema 1 - Menggunakan produk - Resipi kebab, pilihan bermusim (majlis hari raya/ majlis hari jadi dsb), kombinasi dengan makanan lain
Tema 2 – Aktiviti harian perniagaan 
Tema 3 - Aktiviti promosi - tawaran, pertandingan dan sebagainya
Tema 4 - Aktiviti pelanggan – maklumbalas pelanggan yang berpuas hati dengan produk dan servis kebab yang ditawarkan olh perniagaan anda

Tema anda tersebar di semua platform anda. Platform ini boleh menjadi blog, e-mel, Facebook, Twitter dll. Melalui tema yang anda rencanakan akan membantu anda mengenali platform yang paling relevan untuk meletakkan kandungannya. 

Sebarkannya mengikut jadual yang telah dirancang dengan konsisten. Pendekatan ini akan menjadikan aktiviti pemasaran ini lebih mudah.


Jadual posting (kandungan pemasaran) untuk kandungan pemasaran perniagaan kebab anda dipaparkan di media pemasaran sangat penting untuk dilakukan. 
Ini adalah bagi membolehkan anda jelas dan berdisiplin dalam melakukan pemasaran melalui posting yang akan disiarkan di media pemasaran anda. Anda haruslah konsisten menyiapkan posting berkenaan pada setiap hari.

Anda boleh mencari orang lain untuk menyediakan posting berkenaan. Perencanaan kasar bagi jadual posting berkenaan hendaklah dilakukan untuk jangka waktu setahun. 

Posting berkenaan boleh dijadualkan dan dipaparkan secara automatik dengan bantuan alat teknologi yang disediakan di setiap media pemasaran yang berkaitan.


Tema kandungan pemasaran berbentuk promosi adalah sebuah tema yang perlu dilakukan secara berterusan dan konsisten. Manusia suka akan perubahan dan pemberian promosi. 
Anda boleh jalankan kandungan pemasaran berbentuk promosi mengikut jenis produk dalam jangka waktu 1 (satu) hingga (3) tiga bulan.

Namun, disebabkan promosi yang akan dijalankan dalam tempoh yang singkat anda perlu melakukannya dengan cepat dalam melakukan hebahan tersebut. Anda boleh bincangkan bersama pasukan anda akan idea promosi yang anda boleh jalankan setiap bulan dalam jangka masa setahun.

Kesemua tips yang diberikan tidak akan ada gunanya sekiranya anda sebagai usahawan kebab tidak melaksanakannya dan menghasilkannya dalam bentuk tindakan. Industri perniagaan sangat ‘bising’ dengan iklan dan promosi harian lain yang dijalankan oleh para pesaing. 

Prospek dan pelanggan perniagaan anda mudah terganggu dengan bunyi ‘bising’ tersebut. Oleh itu, anda juga harus konsisten dalam melaksanakan aktiviti pemasaran ini bagi menjana jualan yang lebih tinggi dari semasa ke semasa dan membina sebuah perniagaan kebab yang berjaya!

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...