Skip to main content

APAKAH JENIS PROMOSI YANG BOLEH DITAWARKAN KEPADA PELANGGAN KEBAB SAYA?

Kenapa promosi penting untuk ditawarkan dengan konsisten?

Sebab manusia akan bosan dengan barangan dengan harga yang sama sepanjang tahun.

Sebab persaingan sengit untuk mendapatkan perhatian pelanggan dan menjana jualan.

Sebab anda sebagai peniaga tak mampu untuk rugi. Perniagaan mesti membuat untung. Barulah ianya dinamakan sebuah perniagaan.



Kami kongsikan beberapa jenis promosi yang boleh ditawarkan kepada pelanggan kebab anda:

 Promosi 'Happy Hour' - pilih waktu tertentu untuk para pelanggan boleh dapatkan tawaran terbaik dari anda!

 Pertandingan - anda boleh minta pelanggan anda kongsikan gambar bersama kebab dan menang kebab percuma!

 Ganjaran untuk setiap 'LIKE' di sosial media - anda boleh beri kebab percuma untuk setiap 'hubungan' di media sosial.

 Ganjaran kesetiaan - tawaran khas buat para pelanggan yang setia membeli dari anda!

 Tawaran terhad - beri diskaun atau ganjaran beli ... percuma ... untuk hari atau waktu tertentu.

Promosi ni asyik bagi percuma je. Macam mana nak untung?

Beri percuma bukan sekadar beri ya u olls.

Promosi tahunan, bulanan, mingguan dan harian harus mempunyai perancangan yang rapi. Setelah dilaksanakan sentiasa ukur pulangan yang diperoleh. Contoh dah beri percuma kebab bernilai RM100, dah dapat pulangan RM1000?

Setiap promosi perlu jelas untuk diberikan kepada siapa, bila nak dihebahkan dan bagaimana nak dilaksanakan.

Untuk ilmu pemasaran dan promosi lebih lanjut dan lebih banyak boleh hadir ke Madina Apprentice Program yang berikutnya.

Hubungi +6012-6094643 untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...