Ramai juga yang tanya soalan ni kepada kami. Yelah, kebanyakan yang nak mula ni masih berkerja dan memerlukan perniagaan dijalankan secara berpasangan.
Jawapannya memang BOLEH! Tapi...........
Ada beberapa perkara yang mesti dibincangkan sebelum memulakan perniagaan secara kerjasama dengan pihak kedua.
Kenapa penting perbincangan antara kedua-dua pihak ni? Sebab banyak masalah akan timbul di tengah perjalanan sekiranya kedua-dua pihak tidak jelas dengan segala aspek perniagaan yang di jalankan.
Lepas tu apa akan jadi? Perniagaan gulung tikar dan timbul perbalahan dan putus silaturrahim sesama keluarga atau rakan-rakan.
Jadi apakah aspek perniagaan yang perlu dibincangkan tu? Kami kongsikan sikit ya:
✅ Ada perjanjian bertulis yang merangkumi permodalan perniagaan dan pembahagian keuntungan
✅ Kedua-dua pihak akan menerima gaji sekiranya terlibat dengan aktif di dalam perniagaaan
✅ Senarai skop kerja yang berbeza, contoh: pihak A akan menjaga bahagian pemasaran dan pihak B akan menjaga bahagian operasi
✅ Kedua-dua pihak mempunyai pencapaian sasaran prestasi yang boleh diukur
✅ Komunikasi dua hala yang berterusan dan terbuka untuk mengelakkan salah faham sekiranya berlaku masalah dalam perniagaan
Anda tau kan silaturrahim yang dijaga akan membawa lebih rahmat dan keberkatan dalam rezeki. Susah rezeki nak datang kalau bergaduh-gaduh ni.
Tak berbaloi berniaga sementara kat dunia ni tapi terputus silaturrahim hingga akhir hayat.
Jelas ke?
Yang mana nak tau lebih lanjut dan lebih banyak boleh hadir ke Madina Apprentice Program yang berikutnya. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.
Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab
Comments
Post a Comment