Skip to main content

DIN BUAT JUALAN RM23,000 DALAM MASA 3 HARI DI BAZAR RAMADHAN!

U olls ingat min pernah share cerita Din?

Din yang berniaga di bazar Ramadhan dan berjaya memperoleh jualan sebanyak RM23,000 dalam masa 3 hari tu?

Pasal cerita Din ni lah min ke
na perli-perli haritu. Yang cakap "Jual apa sampai dapat RM23k? Jual kebab sebiji RM100."


Ramai jugak yang tanya cemana Din boleh dapat jualan banyak camtu.

Kebetulan harini min terserempak dengan Din. So min pun sambung temu bual min dengan dia. Min mengadu la jugak cakap ramai tak percaya dengan cerita dia.

U olls tau dia cakap apa?

"Memang confirm lah diorang tak percaya sebab bukan diorang yang dapat. Kah kah kah."
Gelak besar Din bila dengar min mengadu nasib.

So min pun tanya-tanya lagi, acengganer cara Din boleh buat sampai jualan banyak tu.

Din cakap dia buka 8 tapak serentak dengan waktu operasi perniagaan dari jam 4 petang hingga 8 malam.

Ada sesetengah tapak dibuka semula selepas solat terawih.

Tu je Din bagitau sebab dia pun sibuk nak meniaga.

So u olls kira sendiri lah 1 tapak tu dia dapat jualan berapa banyak k.

Cuma nak bagitau,

'It doesn't matter what other people think or say about you, what matters most is what you BELIEVE.'

Mungkin tu lah pesanan yang Din nak bagitau kat min. Lantak pi orang nak kata apa. Anak kat rumah nak susu, bil setiap bulan nak kena selesaikan.

Kan?

Yang mana memilih untuk percaya kepada diri sendiri untuk melakukan perubahan dan nak timba ilmu bagi memulakan perniagaan kebab macam yang Din dah buat, boleh hubungi kami di nombor ni ok.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...