Skip to main content

INI CERITA TUAN SA'ARI SETELAH MENERIMA VSS...

Ini tuan Sa'ari, salah seorang peniaga Madina Kebab sejak 2004.


Sebelum mula berniaga kebab, beliau berkerja di salah sebuah syarikat swasta. Pada tahun 2002, beliau menerima VSS dan mula mencuba pelbagai perniagaan selama 2 tahun.

Sehinggalah pada suatu hari beliau melihat perniagaan kebab yang dijalankan oleh salah seorang rakan. Tapi masa tu rakan beliau membuat kebab sendiri.

Beliau mula membeli bahan mentah dan membuat sendiri kebab tersebut dan mula berniaga dengan kereta Nissan Sunny yang beliau ada.

Jualan tidak memberangsangkan membuatkan beliau mula mencari bekalan bahan mentah kebab dari sumber lain dan berjumpa dengan Madina Kebab.

Setelah mula mengambil bekalan dari Madina Kebab, jualan mula meningkat setiap tahun, sekitar 30-50% peningkatan jualan.

"Alhamdulillah keberkatan meniaga kebab dah buat hidup saya dan keluarga selesa. Rumah dah ada, kereta pun makin besar. Saya berharap dan berdoa semoga Madina Kebab dan peniaga kebab yang lain pun sentiasa memperoleh keberkatan dan maju dalam hidup."

Ini nasihat tambahan beliau buat peniaga kebab yang baru nak bermula:

 Berniaga mesti berdisiplin
 Kena bersabar dan jangan cepat berputus asa
 Sentiasa tambah ilmu untuk tambah baik perniagaan

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. 

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...