Skip to main content

NAK BUAT SAMPAI BILA? BUAT SAMPAI JADI!

SAMPAI JADI
Hari-hari bikin cam pertama kali
Aku buat lagi
Selagi tak jadi, tak sah sampai jadi

Uhh, mula dari bawah
Ramai orang makan nasi tapi tak pernah pergi sawah

Uhh, dulu ku merangkak
Sebelum ku lompat tinggi harus pandai kira langkah
Tapi ramai orang diorang semua bo je!

- Joe Flizzow


Amboi min ni. Sekarang semua pun nak letak lagu. Bukan ape, lagu yang bermesej ni banyak maksud untuk pengajaran kita semua.

Gitu.

Ha, harini min nak kongsikan cabaran yang paling banyak berlaku di kalangan peniaga kebab terutama yang baru nak mulakan perniagaan kebab.

Apa tu?

DISIPLIN DIRI

Ya, tidak berdisiplin antara masalah terbesar yang akan menghambat peniaga tersebut untuk terus bergerak ke hadapan menjadi lebih maju.

Yang lagi teruk, dah la tak berdisiplin tapi tak sabar nak jadi kaya cepat?

MACAM MANA TU?

Cuba baca balik lirik kat atas tu -
Ramai makan nasi tapi tak pernah pergi sawah! Duit nak tapi kerja tak nak.
Sebelum lompat tinggi harus pandai kira langkah. Nak capai sesuatu yang belum pernah dicapai kena lah ada ilmu untuk mengetahui cara mencapainya.

Betul ke betul?

Min kongsikan sikit tips dari peniaga senior ni untuk kekal berdisiplin dalam perniagaan kebab ni:

 Tetapkan matlamat yang spesifik dan realistik
 Rancang proses pelaksanaan - siapa dan bagaimana untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
 Komited melakukan tindakan untuk capai matlamat tersebut
 Tetapkan ganjaran untuk diri sendiri setelah mencapai matlamat tersebut
 Banyakkan berdoa dan bersedekah setiap waktu

Ada dapat sesuatu dari min harini?

Alhamdulillah...

Yang mana nak tau lebih lanjut dan lebih banyak boleh hadir ke Madina Apprentice Program yang berikutnya.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka. 

Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini: www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...