Semua orang pasti nakkan kebebasan kewangan dan masa. Ya, punya wang yang banyak bersama-sama dengan masa luang untuk melakukan kegiatan bersama keluarga dan berbakti kepada masyarakat. Bagaimana untuk mencapainya? Harini min kongsikan beberapa langkah yang boleh anda pertimbangkan untuk mencapai hari yang lebih baik dalam kehidupan anda. 1. KENALPASTI TAHAP KEWANGAN SEDIA ADA Anda tidak boleh mencapai kebebasan kewangan tanpa mengetahui titik permulaan anda. Lihat berapa banyak hutang dan simpanan wang yang anda miliki. Ini akan membantu anda untuk bersikap lebih realistik. 2. TULISKAN MATLAMAT ANDA Mengapa anda memerlukan wang? Adakah anda ingin menyelesaikan hutang untuk kebaikan? Adakah anda terdesak untuk berhenti kerja? Adakah anda sangat ingin melancong ke tempat yang diidam-idamkan? Adakah anda perlu menyimpan untuk melangsungkan perkahwinan, pendidikan anak-anak, atau untuk bekalan semasa tempoh persaraan? Matlamat yang berkait dengan anda sec